Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Sunday, July 31, 2011

Salam Sayang

Salam sayang Ummi ucapkan buat anak2 Ummi; Along & Abang Ngah, permata hati Ummi & Abah dari dulu, kini & selamanya. Ummi tujukan blog “Kembara Mencari Ilmu” ini special buat kamu berdua, & mungkin juga buat adik2 kamu jika keluarga kita bertambah suatu hari nanti, InsyaALLAH.Tanggal 10 July 2011 kita 4 beranak telah berpindah buat sementara waktu ke Durham kerana mengikuti Abah sabbatical leave di Durham Business School, United Kingdom. Kita akan menetap di sana utk tempoh setahun. Kamu berdua juga akan bersekolah di sana. Sejak awal January lagi Ummi dah tau pasal ni, tapi Ummi tak tau bagaimana utk menjelaskan pada kamu berdua. Dalam seminggu dua sebelum ke sini, Ummi bagi tau yang kita akan ikut Abah pegi out station, ternyata kamu berdua amat seronok sebab boleh swimming. Sebab tu memang rutin kamu setiap kali berpeluang ikut Abah, tapi bila difikirkan balik Ummi rasa bersalah pulak sebab tak berterus-terang dgn kamu berdua.
Sebenarnya Ummi tak nak tengok kamu sedih kalau Ummi bagitau hal yang sebenar. Beberapa hari sebelum bertolak Ummi bgtau yang kita akan ikut Abah; kita akan tinggal di rumah baru, Abah akan kerja kat ofis baru, & kamu berdua akan bersekolah di tempat baru. Ternyata kamu memang sedih especially Along, bermacam2 soalan yg kamu tanya Ummi;
"Ummi, nanti macam mana kita nak balik kampung jumpa dgn Abang Me & Adik Malin?
“Ummi, nanti macam mana Along nak jumpa dgn kawan2 Along?”
“Ummi, nanti macam mana Along nak jumpa dgn cikgu Along?”
“Ummi, nanti macam mana Along nak main basikal Along?”
“Ummi, nanti macam mana Along nak kawan dgn Darwisy?”
“Ummi, boleh ke kita bawa Darwisy pindah rumah baru?”
“Ummi, boleh ke kita bawa semua mainan & buku2 Along?”
etc….




Along & Abang Ngah, ni buat renungan kamu berdua. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda,

Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata2 dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” – Riwayat Bukhari & Muslim