Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, February 28, 2012

Semua Dapat Present, Abah Macam Mana…?

Semua orang dah dapat present, kesian pulak kat Abah kamu ya. Kita nak belikan apa ya untuk Abah kamu…?

Seingat Ummi, sejak kami kahwin, Ummi sentiasa berusaha untuk lakukan yang terbaik buat Abah kamu, sekadar yang Ummi mampu. (Syukur Alhamdulillah, Abah kamu faham yang tugas Ummi sebagai lecturer/student & family manager; urus makan-minum, urus makan-pakai, jadi teacher & guru Quran kamu, agak berat juga bagi Ummi. Dan adakalanya juga Ummi sampai demam/sakit belakang dan tido mati kalau terlalu penat…).

Sejak kita datang sini, Ummi berusaha menambah beberapa lagi masakan yang Abah kamu suka.

So, kiranya masakan Ummi & kesungguhan kamu berdua study & baca Quran tu kita anggap sebagai present buat Abah kamu ya. Ni antara masakan Ummi yang buat pertama kalinya Ummi masak sejak kita datang sini (sebelum ni kita beli je, laaagi jimat masa & tenaga, kan!?);

nasi tomato
paprik ayam/daging

telur bungkus
akok







bingka
chocolate cake
cheese cake






biskut semperit
biskut cornflakes

dan mee kari









Dan InsyaALLAH, coming soon, Ummi nak buat nasi minyak hujan panas, cookies, donut & pizza pulak ya. Dan Abah ada request kari kepala ikan, "mampu" kah Ummi nak sediakan masakan yang Ummi tak makan ni...?

Anak2 Ummi, suatu masa nanti kamu berdua akan berumahtangga juga. Dan ketahuilah, antara pengikat kasih sayang dalam hubungan suami isteri ialah dengan menyediakan masakan yang dilakukan oleh tangan isteri sendiri. Sebagai contohnya isteri dan anak perempuan Baginda Rasulullah SAW menyediakan masakan dan makanan dengan tangan mereka sendiri.

Ummi akhiri catatan kembara kita pada kali ini dengan sabda Rasullullah SAW dalam hadis baginda yang bermaksud,

Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas dia bertakwa kepada ALLAH, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika dia tiada bersama dia akan memelihara nama baiknya sama ada pada diri atau harta suaminya.” – Riwayat An-Nasaa’i, Ahmad & Abu Daud.

Saturday, February 25, 2012

Ummi pun Dapat Present Jugak

Pada suatu petang hari tu Abah balik dari ofis, katanya masa dia singgah kat Market Place untuk beli barang2 dapur, dia ada belikan sesuatu untuk Ummi.

Happy sungguh Ummi apabila dengar Abah kamu belikan sesuatu untuk Ummi (sapa tak happy dapat present wei…!?).

Abah singgah kat book store dan belikan buku kat Ummi. Ummi memang happy kalau orang bagi present, bertambah tambah tambah happy kalau orang bagi buku as a present. Sebab tu Ummi rasa happy, tenang & release tension tiap kali dapat pegi ke book store

Tapi bila tengok present ni Ummi "terkelu" sekejap, tak tau nak bagi respond yang bagaimana…alahai buku memasak…kalau buku lain memang la Ummi happy sangat2…tapi kalau buku memasak ni, seram sejuk jugak Ummi di buatnya…

Tebalnya buku ni, sampai pages 240. Jom kita tengok kat dalam buku ni…macam buku sejarah rasanya…panjang benar steps yang kena buat tu…rajin kah Ummi nak “menelaahnya” nanti…!?









Anyway, thank you Sayang. Buku ni memang comel, siap ada gambar colourful & hard cover lagi. Nanti next time bagi present lagi ya.

Kalau tak dapat buat semua resipi dalam buku ni, buat separuh pun jadi lah ya”, kata2 Abah kamu masih terngiang2 lagi kat telinga Ummi ni.

Anak2 Ummi, moga impian Abah kamu nak merasa resipi yang “agak mencabar” hasil air tangan Ummi tercapai (mencabar tu sebab ada steps yang Ummi sendiri pun tak faham & ada bahan2 yang Ummi tak tau apakah bendanya tu…). Moga Ummi dapat berikan yang terbaik buat kamu & Abah nanti.

Buat renungan kita bersama; “Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan” dan “Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kita diabaikan orang

Friday, February 24, 2012

Abang Ngah pun Dapat Present

Balik school tadi Abang Ngah happy je sebab dapat present. Alhamdulillah, Ummi & Abah juga turut happy.

Teacher kata present tu untuk Abang Ngah sebab behave kat school; masa study duduk elok2, masa makan tak ganggu kawan2, & selalu kemas toys bila selesai sesi main.

Bagus teachers kamu tu, setiap sudut dinilai & diambil kira serta diberi pujian & penghargaan (bukan sekadar terbaik dalam academic sahaja).

Ummi akhiri coretan kali ini dengan mutiara kata ini buat renungan Along & Abang Ngah, anak2 kesayangan Ummi;

Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. -Khalifah Abdul Malik bin Marwan-

Tuesday, February 21, 2012

Along Dapat Present

Syukur Alhamdulillah, last month Along dapat present sebab; excellent in Mathematics dan juga great handwriting. Like mother like son lah kan?! (Anak sapo nih…?)

Kamu mengingatkan Ummi masa zaman Ummi sekolah dulu; dari sekolah rendah hinggalah habis universiti Ummi sentiasa dapat A+ untuk Mathematics, sebab tu lah sekarang ni Ummi suka sangat sebab dapat mengajar Mathematics kat students Ummi.

Dan lagi satu, Ummi dari sekolah tadika lagi selalu je cikgu puji sebab tulisan Ummi cantik & kemas, masa tu Ummi guna buku garis tiga lagi lah senang nak tulis dengan kemas (cuma bezanya Ummi tak pernah dapat sijil penghargaan sebab tulisan kemas ni). Terima kasih kepada cikgu2 Ummi yang mengajar Ummi selama ini, Jasa Cikgu di Kenang, Usaha Cikgu di Hargai, Jutaan Terima Kasih Teristimewa Buat Cikgu2, hanya ALLAH jua yang mampu membalasnya.

Sebenarnya Ummi hampir terlupa nak buat entry pasal ni sebab; kebetulan kamu cuti sekolah (Spring Half-Term 2012) seminggu dan sebelum tu Ummi tak sihat (sakit kepala, sakit tekak, selesema, batuk, & demam serentak) berlarutan selama 10 hari. So, lambat pun takpe lah ya Sayang, asalkan ada sesuatu kenangan buat kamu bila kamu dah besar nanti.

Thursday, February 16, 2012

Jom Pegi York Designer Outlet

Minggu ni kamu berdua cuti (Spring Half-Term 2012; 11 – 19 February). Kita tak ada apa2 plan pun sepanjang school holiday kali ni. Abah macam biasa la; Tuesday & Thursday ada class, & hari lain tu siapkan research dia.

Semalam Uncle Amir ajak kita pegi York, dia nak shopping sebab next month mereka sekeluarga dah nak balik Terengganu. Kita 4 beranak join sama, kesian jugak kat kamu berdua sebab terperap kat rumah je cuti kali ni. Time tak berapa banyak duit ni, kita window shopping pun jadi lah, dapat hilangkan boring kamu pun dah memadai sebenarnya.

Kita bertolak dalam 9.30pagi, hampir 3 jam perjalanan ke sana pergi-balik, 8.30malam baru sampai rumah. Fuh penat, anyway kamu happy sebab dapat pegi jalan2 dengan Harith, Amni, & Ammar.

Ok anak2, InsyaALLAH bila ada duit nanti kita datang shopping kat sini sebelum balik Pajam bulan Jun nati. Moga ada rezeki buat kita ya.