Happy 7
th Anniversary buat Ummi & Abah.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan keizinan & limpahan kasih sayang-NYA rumah tangga Ummi & Abah yang kami bina pada 26 November 2004 kekal serta bahagia hingga ke saat ini. Ditambah pula dengan kehadiran Along pada 2005 & Abang Ngah pada 2006 sebagai penyeri hidup Ummi & Abah.
Cinta lepas kahwin
Along & Abang Ngah, sempena
anniversary ni, Ummi nak ceritakan kisah perkenalan Ummi & Abah buat tatapan kamu berdua. Suatu masa bila kamu dewasa nanti kamu berdua juga akan melalui dunia perkahwinan sebagaimana Ummi & Abah. Along selalu cakap “
Abah dah kawin dengan Ummi, nanti Along nak kawin dengan sape…?”
Ummi kenal Abah ketika sama2
study master kat UKM, tak banyak yang Ummi tahu pasal Abah; Abah orang Kelantan,
best student masa buat
degree kat UM, tu je
info yang Ummi tahu dari
housemate Ummi (Kak Mahani,
ex-student UM jugak). Ummi & Abah dulu satu kelas
Microeconomics, agak susah jugak
paper yang diajar oleh Prof. Dr. Nor Ghani ni, itulah sebabnya kerap juga kami buat
study groups (7 orang) bersama-sama Nasir, Mek Yah, Saba, Kak Nurul dan Pak Nasa (moga hidup mereka bahagia dan diberkati ALLAH sentiasa). Adakalanya kami tak sependapat; Abah agak
detail, nak
derive semua
equation satu-persatu, nak
proof semua sampai dapat. Berbeza dengan Ummi; hidup agak
simple, semua benda nak
short-cut, cuma yang pentingnya mesti siap.
Ummi & Abah tak pernah kenal rapat; sekadar kawan biasa, kawan sekelas, dan kawan satu
group masa
study je. Ummi segan jugak nak rapat dengan Abah kerana Abah jauh lebih pandai dari Ummi. Kadangkala tu terfikir jugak “
kalau aku berkawan rapat dengannya tentu aku boleh dapat result yang lebih baik, tapi takkanlah dia nak berkawan rapat dengan aku sedangkan aku ni takdelah pandai manapun…”.
Tiada sebarang perasaan istimewa yang wujud antara Ummi & Abah sepanjang bergelar
student. Ummi & Abah tak pernah berhubung setelah habis belajar. Masa terus berlalu…
jeng, jeng, jeng…
Teringat Ummi senikata lagu Ziana Zain,
“…kita tak menduga, dari kenalan lahir sayang…”. Ziana Zain ni
favorite singer Ummi, tapi tak tau lah bila kamu dah besar nanti kamu kenal tak dengan
singer ni.
Selang beberapa bulan kemudian Ummi menerima SMS dari Abah. Terkejut jugak pada mulanya. Abah membahasakan diri Ummi “
saudari”. Hampir 2 bulan jugak saling berbalas SMS. Masa itu Ummi bekerja di Kolej UNITI, Port Dickson sebagai
lecturer, dan Abah di UKM sebagai
tutor.
6 Jun 2004 – 1
st time Ummi & Abah keluar makan di KFC Kota Bharu, perbualan biasa je hanya menyentuh isu2 semasa di UKM dan UNITI. Setelah petang Abah menemani Ummi berjalan kaki hingga ke stesen bas Kota Bharu dan Abah pulang dengan menaiki motosikalnya. Malam tu Abah ada
call Ummi dan beritahu bahawa Abah mengharapkan hubungan yang lebih serius dengan Ummi, dan bukannya sekadar kawan biasa seperti sebelum itu.
18 Jul 2004 – Abah dan
familynya (Tok Mek, Tok Ayah dan Tok Ngoh) datang ke rumah Tok Ma dan Tok Ayah untuk merisik, tup-tup terus bertunang kerana keluarga kedua2 belah pihak tahu yang Ummi & Abah telah agak lama kenal.
26 Nov 2004 – Majlis akad nikah kami, selepas solat Isyak.
27 Nov 2004 – Majlis kahwin Ummi & Abah diadakan dengan serba sederhana (
tapi meriah – macam majlis Dato’ Siti Nurhaliza & Dato’ K la pulak!!). Hanya dihadiri oleh keluarga kedua2 belah pihak je. Kawan2 tak ramai yang datang kerana susah dapat cuti (cuti dah ambil untuk raya – majlis Ummi & Abah adalah 2 minggu selepas Raya Aidilfitri).
Masa kahwin dulu umur Ummi & Abah 25 tahun. Masa yang sesuai untuk pikul tanggungjawab (
ye ke ni...?). Ummi & Abah pun macam orang dulu2 jugak;
bercinta selepas kahwin. Alhamdulillah, kita bahagia hingga ke saat ni, ditambah lagi dengan kehadiran kamu berdua sebagai penyejuk mata dan pengikat cinta dan kasih sayang kami. Sekarang ni jika ada kelapangan, Ummi & Abah akan keluar
dating berdua (masa kamu pegi
school), melalui detik2 manis macam pasangan bercinta; samada tengok
movie, keluar makan, pergi kedai buku, ataupun keluar jalan2.
Masa zaman anak dara dulu2 Ummi ada jugak terfikir tentang ciri2 bakal suami Ummi suatu hari nanti, kalau boleh Ummi
TAK NAK lelaki tu;
i) orang Kelantan (
lelaki Kelantan kata orang tak romantik),
ii) sama umur dengan Ummi (
lelaki tu biarlah lebih tua 2 atau 3 tahun),
iii) bercermin mata (
sebab Ummi pun pakai cermin mata),
iv) bidang yang sama (
nanti boring jugak kalau asyik bercakap pasal benda yang lebih kurang sama iaitu Economics), dan
v) kerja sebagai
lecturer (
sebab Ummi pun lecturer).
Tup-tup semua ciri2 yang Ummi
TAK NAK tu semuanya dapat, kelakar la pulak, kahkahkah padan muka Ummi…takpe lah
ALLAH SWT Knows BestAlong & Abang Ngah, bila kamu dewasa nanti kamu fikir & teliti apa yang Ummi sampaikan ni ya. Hubungan cinta suami isteri merangkumi 3 elemen utama secara realiti iaitu
rasa intim, nafsu dan
komitmen. Pasangan yang bahagia akan fokus kepada ketiga2 elemen iaitu rasa intim kerana suami isteri seperti sahabat baik dan boleh berkongsi pendapat. Sentiasa bernafsu apabila bersama pasangan dan pasangan dianggap hebat apabila di ranjang iaitu kedua2nya mempunyai tarikan seksual yang dibajai dengan kasih sayang yang sebenarnya. Komitmen atau tanggungjawab sebagai suami isteri yang dipegang dan dipupuk agar sentiasa berada dalam keharmonian.
Perkahwinan merupakan anugerah ALLAH SWT kepada insan yang terpilih. Pasangan pula merupakan amanah ALLAH SWT. Dalam Surah ar-Rum, ayat 21, ALLAH berfirman: “
Di antara kebesaran-NYA, diciptakan-NYA bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa tenteram antara satu sama lain, dan dijadikan-NYA kasih sayang dan belas kasihan antara kamu, sesungguhnya hal itu menjadi ketenangan bagi orang yang berfikir”.
Kalaulah Ummi tahu yang Abah akan jadi suami Ummi masa
study dulu, dah tentu Ummi
control sikit, takde la bercakap macam guna mikrofon masa dalam
class dulu, tapi tak elok jugak orang yang hipokrit ni, lambat-laun Abah akan tau jugak, kan!? Apapun yang Ummi tahu kami ni saling melengkapi; Alhamdulillah Ummi boleh terima setiap kelebihan dan kekurangan Abah, dan begitu juga sebaliknya.
Ummi akhiri kisah perkenalan Ummi & Abah ini dengan sabda Rasullullah s.a.w buat renungan kamu berdua,
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” – Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaa’i, dan Ibnu Majah