Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan Cuti Sekolah

Malam tadi Ummi tengah borak2 dgn Abah, tiba2 rasa nak makan pizza. Time tu dalam 9.30pm, kamu berdua baru je tido.

Ummi: Eh pelik la, tiba2 je rasa nak makan pizza
Abah: Betul ke nk ni, kalu nak kita call je order

Ummi: Takpe lah, dah malam ni, anak2 pun dah tido
Abah: Kita try call dulu tanya boleh lagi ke utk delivery time ni, anak2 bukannya makan pizza ni

Abah terus call pizza, memang rezeki kami, dalam 10.10pm tu dah sampai pizza yg Abah pesan. Tengah2 duk makan tu Ummi rasa bersalah pulak dgn kamu berdua.

Ummi: Tiap kali kita mkn pizza rasa bersalah je kat anak2 sebab anak2 tak makan, kalu kita makan KFC tu takde la rasa bersalah sgt
Abah: Takpe lah, esok nati kita pegi la KFC
Ummi: Emm molek jugak tu sebab cuti sekolah pun dah nak habis, kita tak bawak pun anak2 pegi jalan mana2

Sebenarnya minggu ni kamu berdua cuti sekolah (Autumn Half-Term), tapi kita takde pergi mana2 pun. Sebenarnya memang Abah busy, tak sempat nak bawa kamu jalan2. Lagipun sekarang ni memang kita tak ada extra money, cukup sekadar belanja harian je (Alhamdulillah, syukur atas segala rezeki & nikmat yang diberikan-NYA).

Kamu teruja sgt makan tadi sebab ni 1st time kita datang KFC sejak kita sampai kat UK ni. Bila cuti lain kali kita datang lagi ya, InsyaALLAH.

Parents Evening

Sepanjang minggu ni kamu berdua cuti sekolah (Autumn Half-Term). Last Wednesday sebelum cuti hari tu Ummi & Abah ke sekolah kamu sebab ada Parents Evening; perjumpaan parents-teachers utk maklumkan sejauhmana progress kamu kat sekolah setakat ini. Alhamdulillah semuanya memuaskan.

Kata Mr Soppitt; Along Class Teacher, “He is very good in Maths”. Alhamdulillah, like parents like son ler, teruskan usaha ya Sayang, Ummi & Abah harap kamu akan selalu jadi the best bukan saja untuk Maths, malah untuk semua subjects yang lain.

Manakala kata Mrs Noble; Abang Ngah Class Teacher, “He is a shy boy”. Alahai, ni ikut sapa pulak ni, sampaikan nak cakap dgn teachers & friends pun malu…?

Tuesday, October 11, 2011

Dedikasi Buat Along & Abang Ngah

Renungan ini Ummi dedikasi special buat Along & Abang Ngah serta sesiapa sahaja yg bergelar “anak” kepada seorang “ibu”, tidak terkecuali Ummi & Abah.
Jika Ummi membelai rambut kamu,
Jika Ummi mengusap kening kamu,
Jika Ummi memicit kaki kamu,
Nikmatilah dengan syukur dan batin yang bersujud,
Kerana sesungguhnya ALLAH sendiri yang hadir dan maujud.












Jika dari tempat yang jauh kamu merindui Ummi,
Jika dari tempat yang jauh Ummi merindui kamu,
Dendangkanlah zikir puji-pujian buat ALLAH,
Kerana setiap bunyi kerinduan hati kita adalah,
Sebaris lagu cinta ALLAH kepada segala ciptaanNYA.












Jika kamu menangis, Ummi yang menitiskan airmata,
Dan ALLAH yang akan mengusapnya.
Jika kamu bersedih, Ummi yang kesakitan ,
Dan ALLAH yang menyiapkan hiburan2.












Menangislah banyak2 untuk Ummi,
Dan jangan membuatkan sekalipun Ummi menangis kerana kamu,
Kecuali jika kamu punya keberanian untuk membuat ALLAH murka kepada hidup kamu.












Jika Ummi menangis,
Para malaikat menjelma menjadi butiran2 air mata Ummi,
Dan cahaya yang memancar dari airmata Ummi,
Membuat para malaikat itu silau dan marah kepada kamu,
Dan kemarahan para malaikat adalah kemarahan suci,
Sehingga ALLAH tidak melarang mereka tatkala menutup pintu syurga bagi kamu.












Ummi adalah ibunda kehidupan kamu,
Jangan sesekali sakiti hati Ummi,
Kerana Ummi akan sentiasa memaafkan kamu,
Tetapi setiap pemaafan Ummi atas setiap kesalahan kamu,
Akan digenggam erat oleh para malaikat,
Untuk mereka usulkan kepada ALLAH & dihitung pada hari pembalasan nanti.












Ummi sayang kamu berdua, moga kamu menjadi anak2 yg soleh penyejuk hati kami.