Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Sunday, November 20, 2011

Bermalam di Wad

Ummi tak sihat

Kesian kat anak2 & Abah, sejak akhir2 ni banyak benda kena uruskan sendiri, tanpa bantuan Ummi.

Ummi tak pasti bila sebenarnya Ummi mula tak sihat, tapi yang nyatanya sejak dari mula2 kita sampai sini lagi (Julai 2011) Ummi kerap tak sihat;

1. Ummi tiba2 demam, pening & sakit kepala;

- Hari ke-3 kita kat sini (14 Julai 2011) Ummi pitam kat bilik air. Masa pagi tu Ummi baru mula nak mandi, tiba2 tak dapat bernafas langsung (bukan sesak nafas) lebih kurang dalam 15 saat, sakit seluruh badan terutamanya pada perut & dada. Abah yang tolong angkat Ummi bawa ke dalam bilik, Aunty Shifa & family Uncle Hilmi & Aunty Ros datang bersama2 kawan mereka (seorang Dr kat sini). Dr tu minta Abah bawa ke hospital jika Ummi berterusan begitu hingga ke petang. Syukur menjelang petang Ummi dah makin pulih, Alhamdulillah. Selepas tu Ummi hanya demam & sakit kepala je, bahagian perut & dada dah tak sakit.

- Sejak hari tu boleh dikatakan setiap minggu @pun selang seminggu Ummi akan demam, selsema & sakit kepala. Selalunya demam mengejut sebab sebelah pagi & petang sihat, tiba2 malam semasa Ummi tidur terus je tak sihat.

- Semasa bulan puasa hari tu (20 Ogos 2011) Ummi tiba2 demam & sakit kepala lagi, berlarutan hingga beberapa hari. Masa tu rasa teruk sangat sampaikan tidak berdaya untuk bangun bersahur & berbuka puasa.

- Pada 1 Sept 2011 Ummi tiba2 demam & sakit kepala lagi, kali ni lebih teruk dari yang sebelum ni, berlarutan sehingga seminggu lamanya.


2. Ummi cramp/kejang tulang dada sebelah kanan;

- Pada 15 Oktober 2011 Ummi tiba2 cramp tulang dada, masa kena tu pukul 3 pagi, Ummi sedang tido. Ni kali pertama Ummi kena cramp tulang dada, sakit sangat2, tiba2 je terus sesak nafas. Masa tu dalam fikiran Ummi ingat mati je sebab sangat sukar untuk bernafas & bergerak. Sakit Ummi berlarutan hingga 4 hari. Masa Ummi pregnant dulu pernah cramp kat betis & kaki, tapi tu bagi Ummi biasa je sebab lepas Abah urut semuanya ok, tapi cramp tulang dada ni seksa sangat sebab kita tak tau nak urut kat mana sebab yang sakit tu bahagian dalam dada, seksanya hanya ALLAH je yang tau.

- Pada 26 Oktober 2011 Ummi tiba2 cramp tulang dada lagi, sakit pada tempat yang sama dengan sakit Ummi sebelum ni. Masa kena tu Ummi sedang tido, dalam pukul 2.30 pagi. Masa ni tak takut sangat walaupun susah bernafas sebab Ummi dah pernah kena sebelum ni. Masa tu Ummi fikir, “takpe la, sabar la, dua tiga hari lagi ok la ni”. Syukur Alhamdulillah, sakit Ummi berlarutan selama 4 hari je.

- Pada 12 November 2011 Ummi tiba2 cramp tulang dada lagi, juga sakit pada tempat yang sama. Masa kena tu pun Ummi sedang tido, dalam pukul 12.30 pagi. Masa ni pun tak takut sangat sebab Ummi fikir dia akan pulih dengan sendirinya beberapa hari lagi. Namun jangkaan Ummi meleset, ALLAH Maha Mengetahui. Sampai hari ni Ummi masih lagi belum pulih, sehinggakan Ummi terpaksa ditahan di wad untuk Dr memeriksa punca sebenar sakit Ummi.


JUMAAT, 18 NOVEMBER 2011

8.30pg – Abah call Bowburn Medical Centre untuk tetapkan appointment Ummi untuk pagi Jumaat tu

11pg hingga 1.20ptg – Ummi ke Bowburn Medical Centre jumpa Dr P. Graham, buat blood test sampai 3 tiub darah Ummi diambil sebab perlu buat analisis yang berbeza. Dr suspect Ummi sakit “Blood Clots” @pun saluran darah tersumbat.



8mlm – Hospital (Hospital University of North Durham) call Abah, minta bawa Ummi segera ke bahagian emergency sebab blood test yang Ummi buat pagi tadi resultnya abnormal. Orang normal skala darahnya sekitar 0 hingga 300 point, Ummi punya 395 point. Kita 4 beranak terus ke Emergency Unit, Urgent Care Clinic, Orthopaedic Clinic untuk buat ujian yang seterusnya (untuk kenalpasti apa sakit Ummi)

9.30mlm – Ummi jumpa Dr Willey; cek blood pressure, bahagian kaki & betis serta tulang dada. Dr Willey minta Ummi buat X-ray dada pada malam tu jugak di Wad 3

10.30mlm – Kita ditempatkan di Wad 3 (Acute Medical Unit) untuk buat pemeriksaan yang seterusnya; blood test (kali ni sampai 4 tiub darah Ummi diambil di bahagian lengan), serta di pergelangan tangan (2 kali) - Ummi nangis sebab sakit sangat-sangat...




SABTU, 19 NOVEMBER 2011

2.45pg – Ummi buat X-ray dada, tunggu result

3.30pg – Nurse bagi pain killer untuk kurangkan sakit tulang dada Ummi

4.40pg – Dr Josh datang bagitau yang result X-ray dada tadi akan diberitahu pagi esok, dia minta Ummi tido dulu

7.15pg – Cek blood pressure

8.20pg – Breakfast dihantar; white & brown bread, cornflakes, tea & orange juice







9.30pg – 5 orang Dr datang untuk tanya beberapa soalan lagi dengan Ummi, sebabnya result X-ray dada Ummi tak clear (masih belum dapat dipastikan samada Ummi kena Blood Clots @pun sakit lain)

11pg – Dr A.F. Macklon datang bagitau ada infection/jangkitan pada dada Ummi. Dr suspect Pneumonia @pun paru-paru berair. Untuk betul2 sahkan lagi dia minta Ummi buat CT Scan selepas tu

12.15tghr hingga 12.40tghr – Ummi buat CT Scan






1.10ptg – Cek blood pressure lagi

1.36ptg - Dr A.F. Macklon datang bagitau memang sah Pneumonia & bukannya Blood Clots…!! Dr kata Blood Clots lagi bahaya dari cancer payudara sebenarnya sebab boleh sebabkan mati mengejut

3.20ptg – Ummi dibenarkan keluar wad, & perlu datang lagi next 4 weeks untuk buat X-ray dada






3.50ptg – Kita sampai rumah, Ya ALLAH penatnya…

5ptg – Family Uncle Hilmi & Aunty Ros datang ziarah Ummi kat rumah

Buat masa ni memang Ummi tak tau nak cakap apa, tak tau nak fikir apa. Fikiran Ummi kosong… Cuma Ummi harap Abah & anak2 kena banyak tolong Ummi, kena sama2 bantu Ummi lalui kesakitan Ummi ni. Sampai sekarang ni, sakit dada Ummi tu masih lagi belum pulih, dah 9 hari lamanya…sukarnya nak bernafas...

ALLAH Maha Mengetahui, kita doa je…

tq pada Abah, Along & Abang Ngah yang temankan Ummi di wad malam tu

Wednesday, November 16, 2011

Aktiviti WAJIB Sebelum Pegi School

Ni aktiviti WAJIB kamu berdua tiap2 pagi selepas breakfast. Kalau tak main toys dulu memang tak sah. Tapi teacher kamu kata; play more, learn more.

Seingat Ummi, masa kecik2 dulu takde la Ummi ni banyak main sangat rasanya. Tapi entahlah, part main ni ikut Ummi ataupun ikut Abah… Abah ingat lagi tak time Abah kecik2 dulu macam mana?

Adakalanya Ummi tengok rumah kita ni macam toys shop pun ada…macam stor barang pun ada… Tapi takpe lah Sayang, asalkan kamu happy, itupun dah memadai buat Ummi & Abah.

Along & Abang Ngah, hidup kita ni bukannya untuk main je, banyak lagi benda lain yang kita kena buat, yang kita kena fikir, bila kamu besar nanti kamu akan faham, Ummi & Abah sentiasa doakan yang terbaik buat kamu berdua.

Visiting Dentist in Bowburn

Hari ni Abang Ngah & kawan2 Reception visit dentist kat Burgess & Hyder Dental Group kat Bowburn. Dekat je dengan school, dalam 3 minit jalan kaki pegi sana.

Pegi sana bukan untuk check gigi sebenarnya, sekadar untuk biasakan pelajar dengan alat2 yang digunakan oleh dentist, cara2 berus gigi dengan betul & procedure semasa mendapatkan rawatan gigi.

Ummi, teachers & beberapa org mothers yang lain temankan anak2 ini pegi sana. Semua excited & happy je sepanjang kat sana tu.