Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Thursday, July 26, 2012

Segalanya Tanpa Paksaan

Salam Ramadhan 1433H, hari ni dah masuk hari ke-6 kita menjalani ibadah puasa. Syukur kerana kita masih lagi di panjangkan usia untuk bersama-sama meraikan keindahan Ramadhan pada tahun ini.


Alhamdulillah, Ummi dan Abah benar-benar bersyukur kerana dikurniakan permata hati yang hebat seperti kamu berdua; hebat mental, hebat fizikal.

Along dan Abang Ngah,
di dalam kepenatan sekolah pagi dan petang,
di bawah terik mentari yang membahang,
di tambah dengan mengantuk ketika bersahur,
juga homework dan mengaji Quran yang perlu disempurnakan saban malam,
tanpa dipaksa, juga didenda,
segalanya dengan kerelaan hati,
kamu berdua pilih untuk berpuasa…..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Syukur pada-MU Ya Rahman, seawal usia 7 dan 6 tahun ini kamu berdua telah faham tentang Rukun Islam yang ke-3 itu.

Melihatkan fizikal kamu berdua yang agak sweet & small (Ummi selalu main piano pada tulang rusuk kamu yang jelas kelihatan itu), sedikit sebanyak menyentuh hati kecil Ummi & Abah, apapun kami yakin yang budak kecik ALLAH jaga, budak kecik ALLAH sayang…..

Ummi dan Abah sayang kamu berdua, sangat-sangat…!!

Friday, July 6, 2012

Terima Kasih Semua, Moga Jumpa Lagi

Kita sekeluarga telah selamat kembali ke Malaysia, specifically Pajam, Negeri Sembilan pada 1st June 2012 yang lalu. Sedar tak sedar dah lebih sebulan sebenarnya kita berada di tanahair tercinta ini.
Ummi agak lambat update blog ini sebenarnya atas beberapa sebab; 
1.   Kemas rumah kita sebab dah lama tinggal – ada cockroaches mati (mujur bukan lizard/mouse mati)
2.   Balik kampung jumpa ahli keluarga sambil prepare pakaian sekolah & ambil kereta Ummi
3.   Register school kamu; Along di SK Batang Benar, Mantin & Abang Ngah di Taski ABIM Mantin, juga kelas tahfiz di Tahfiz Ar-Raudhah Mantin buat Along
4.   Jumpa Supervisor Ummi
5.   Ambil kereta Abah kat Kuantan
6.   Pergi ofis Ummi, Pejabat Bendahari UPM & SGS-UPM setelkan urusan study Ummi
7.   Pergi ofis Abah – belajar GMM & jumpa kawan Ummi
8.   Pergi Kuantan, rumah Cik Nor
9.   Appointment dengan Dr Haslina
10. etc. – list dah panjang ni…
Kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 kita di Bowburn atas bantuan serta perkongsian kenangan juga pengalaman sepanjang kita berada di sana (July 2011 – May 2012). Hanya ALLAH swt jua yang berhak menilainya.
Kami sekeluarga mengharapkan agar silaturrahim yang telah terjalin ini tetap berkekalan hendaknya. Kami doakan moga berjaya di dunia & akhirat serta moga berkesempatan jumpa lagi, InsyaALLAH.
p/s: Jutaan terima kasih kepada Uncle Fadli & Aunty Nira yang telah menyediakan hidangan “breakfast berat” lagi lazat buat kita sebelum fly hari tu, juga kepada sahabat2 kita yang lain kerana berkesempatan datang bertemu mata juga menghantar kita ke Newcastle Airport untuk lambaian terakhir.