Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Thursday, March 29, 2012

Alhamdulillah, Pandai Sudah…

Alhamdulillah, Ummi & Abah panjatkan kesyukuran yang tak terhingga ini kepada ALLAH, hanya DIA sahaja yang berhak menerimanya di atas segala sesuatu itu.

Sekarang ini (sejak 7 Mac 2012) Along telah pandai membaca. Ummi & Abah gembira sangat2, itulah salah satu harapan Ummi & Abah sejak awal tahun ini. ALLAH makbulkan doa kami, syukur…syukur…syukur…Alhamdulillah.

Along, kiranya kebolehan kamu ni berada di tengah2 antara Ummi & Abah suatu ketika dulu. Sejak tadika lagi Ummi dah pandai membaca, & Abah pula mula tahu membaca ketika masuk sekolah rendah (Abah dulu tidak ke tadika kerana jarak sekolah tu agak jauh dari rumah Tok Mek kamu).

Tentunya Tok Ma sangat gembira bila Ummi mula pandai membaca ketika kanak2 dulu ya. Begitulah juga perasaan Ummi & Abah bila kamu mula pandai membaca. Cuma, mungkin bezanya Tok Ma kamu tak pernah ceritakan bagaimana perasaannya bila Ummi pandai membaca…

Sekarang ni hampir setiap malam kamu baca english books, Ummi harap kamu juga akan mahir baca Malay & Arabic books dalam waktu terdekat ini. Cuma mungkin lambat sikit sebab school kat sini kamu tak diajar Malay & Arabic; hanya belajar informal dengan Ummi & Abah kat rumah sahaja, yang pastinya kami tiada skill mengajar anak2 seusia kamu.

Monday, March 26, 2012

Kembara Glasgow ~ Loch Lomond ~ Falkirk (part 3)

Keesokan harinya, pagi2 lagi kita check-out dari Travelodge Glasgow Paisley Road untuk ke Bonnypack (tempat yang kita nak tuju sebenarnya, & kamu jangan terkejut sebab Abah lebih teruja dari Ummi).

Selesai shopping sikit, lunch & solat tu, kita meneruskan kembara kita ke destinasi terakhir iaitu di Falkirk Wheel. Sampai sana dah pukul 4pm. Agak terkilan jugak sebab tak dapat naik bot, Along menangis kerana hajat tak kesampaian. Anak2 jangan sedih ya, ada rezeki nanti, InsyaALLAH kita datang lagi (cuma Ummi & Abah tak berani nak janji…).

Sekitar 5.15pm tu kita bertolak untuk pulang ke Durham, kita memang dah plan untuk balik awal sebab esoknya tu kamu school macam biasa.

Ni gambar2 semasa kita kat Travelodge, Bonnypack, Maxin Chicken & Pizza, & Falkirk Wheel.

Kembara Glasgow ~ Loch Lomond ~ Falkirk (part 2)

Setelah selesai lunch, kita meneruskan perjalanan ke Loch Lomond & The Trossachs National Park. Jalan menuju ke sana agak adventurous, sehinggakan Abah tak berani nak berhenti di sepanjang jalan untuk mengambil gambar, sayang sekali sebab pemandangan alam sepanjang jalan tu cantik sangat2.

Abang Ngah tiada dalam gambar kerana tido kepenatan setelah muntah beberapa kali di sepanjang perjalanan ke sana. Abah pulak tak lekang dari handphone sebab duk contact Uncle Jo & the gang yang sesat entah ke mana.

Ni gambar2 semasa kita kat Loch Lomond & The Trossachs National Park. SubhanALLAH, begitu sempurna alam ciptaan-NYA…