Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Wednesday, March 7, 2012

Ya ALLAH Ya RAHMAN, Lindungilah Kami (part 5)

…sambungan part 4…

Night 7 – Saturday, 3 Mar 2012

Petang itu Aunty Fizah & Uncle Jo ajak kita pegi makan malam kat rumahnya. Pukul 5.10 petang kita dah ke sana kerana sekarang musim spring, waktu malam awal, pukul 7 lebih dah masuk waktu Isyak. Kita pergi awal ke sana sebab plan nya sebelum Maghrib (5.45 petang) dah nak balik rumah, bimbang pula “sesuatu” terjadi pada kamu berdua nanti.

Selesai je makan tu kita terus nak bergegas balik rumah. Aunty Fizah & Uncle Jo kehairanan kenapa begitu tergesa2 hendak balik rumah sedangkan esoknya tu weekend, kamu berdua cuti.

Serba salah juga Ummi dibuatnya, nak teruskan niat segera balik rumah seolah2 mengecilkan hati tuan rumah. Lastly Ummi ceritakan serba ringkas kisah kamu “diganggu” beberapa malam berturut2 kepada mereka.

Mereka dengan berbesar hati pelawa kita tido kat rumahnya. (haaa, ini sudah bagus, pucuk di cita, ulam yang tiba…sebabnya malam sebelum tu Ummi dah plan nak try tido rumah orang lain). Alhamdulillah, Abah kamu bersetuju dengan cadangan mereka.

(Terima kasih yang tak terhingga kepada Fizah & Jo kerana memahami situasi “sukar” kami, hanya ALLAH jua yang berhak menilainya).

Along, kamu agak ceria malam tu, tengok tv bersama2 dengan Abah & Uncle Jo. Tidak seperti kat rumah kita yang kamu seolah2 pening & terpinga2 tiap kali lepas Isyak. Selalunya “pening mata”, kata kamu.

Melihat keceriaan kamu tu, Ummi berharap sangat yang kamu akan tido lena sepanjang malam tu. 10.15 malam kita minta izin untuk masuk tido. (kalau kat rumah kita 8.30 malam dah masuk bilik).

Ummi tido sorang2 atas katil, & kamu, Abah serta Abang Ngah tido bertiga beralaskan duvet di sisi katil Ummi.

Sekitar 11.10 malam kamu menangis ketakutan sepertimana yang kamu lalui kat rumah kita, beberapa kali juga kamu “diuji” malam tu. Ummi bawa kamu tido bersama2 Ummi atas katil, Ummi berharap yang kehadiran Ummi di sisi kamu dapat meredakan ketakutan kamu itu. Cuma keadaannya berbeza sedikit dari kebiasaan; malam tu tangisan kamu tak sepanjang malam2 sebelum tu.

Adakah rumah kita yang “keras”…? Ataupun diri kamu yang “didampingi”…? Wallahu a’lam.


Night 8 – Sunday, 4 Mar 2012

Balik dari rumah Aunty Fizah & Uncle Jo pagi tu Ummi tido kat sofa, kepenatan kerana dah beberapa malam tido terganggu.

Bangun tido tu Abah bagitau yang dia baru call Tok Mek. Tok Mek cadangkan Ummi buat air bacaan Yaasin untuk mandikan kamu. Sebelum itupun Ummi & Abah setiap malam bacakan Yaasin pada air untuk beri kamu minum & sapukan pada muka serta kepala kamu. Juga Ummi & Abah beri kamu minum air zamzam yang Tok Ma bekalkan dari kampung hari tu.

Along, salah satu dari usaha kami untuk bantu kamu adalah dengan menabur lada hitam sambil membaca Ayat Kursi. Hampir setiap sudut, hampir setiap ruang ketiga2 bilik rumah kita ni di penuhi lada hitam. (kalau ada tetamu datang rumah kita mesti tertanya2 “dah berapa lama tak kemas rumah ni…?)

Selain tu, Abah kamu juga sentiasa memasang alunan bacaan Yaasin dari malam menjelang ke pagi, juga membiarkan lampu bilik tido kita terpasang sepanjang malam. Ummi & Abah hanya mampu berusaha, demi permata hati kami…

Tengahari itu Ummi katakan pada Abah yang kalau boleh Ummi nak kita sekeluarga balik ke Pajam lebih awal dari tarikh yang dijangkakan (end of June). Ummi bukanlah takut, ataupun mahu melarikan diri sebenarnya, cuma Ummi rasakan yang Ummi dah tak sanggup melihat kamu terus “diganggu”…Kamu penat, kami juga penat.

Selesai mandikan kamu & Abang Ngah dengan air bacaan Yaasin lepas Zohor tu, Abah kamu tido, juga kepenatan.

Malam tu, tepat jam 11 malam Along mula menagis ketakutan. Keadaan kamu masih lagi sama sebagaimana 7 malam sebelum itu. Ada beberapa kali juga tido Along & Abah kamu “diganggu”, Cuma malam itu tangisan Along tidak sepanjang malam2 sebelum itu.

Ya ALLAH, dah seminggu lebih rupanya Along melalui semua ini, apa lagi yang boleh Ummi & Abah kamu tolong…? Apa lagi yang perlu Ummi & Abah kamu lakukan…? Kenapa semua ini terjadi…?

Ummi sesekali tidak menyalahkan takdir, Ummi percaya kepada Qada’ & Qadar ALLAH, Ummi redha, Ummi terima segala ketentuan ini...

Namun Ummi juga sedih kerana kamu yang terpaksa melalui ketakutan ini. Ummi berdoa agar semuanya ini cepat pulih seperti sediakala. Namun, andai kata segala keperitan kamu itu boleh dipindahkan, Ummi rela menjadi gantinya…


Night 9 – Monday, 5 Mar 2012

Semuanya masih sama, tiada apa yang berbeza dari malam2 sebelum tu.

Kita 4 beranak masih lagi tido sekatil dengan alunan bacaan Yaasin serta lampu bilik terpasang sepanjang malam, & Along masih lagi “diganggu”.

Terasa penat… rimas… bosan… terpaksa melalui semua ini, bilakah ianya akan berkesudahan…?

Malam tu, & juga pagi keesokan harinya Ummi & Abah ada sedikit ketidak-persefahaman. (kecil sangat penyebabnya; Along minta Ummi bacakan story book yang teacher kamu bagi sempena World Book Day hari tu sebelum tido, Ummi bagitau yang Ummi nak solat dulu & minta Abah kamu tolong bacakan, Abah kamu suruh kamu tido, kamu nangis…)

Entah kenapa kami cepat benar naik marah, cepat benar panas hati, cepat di pengaruhi syaitan agaknya…Bila difikirkan balik; kenapalah benda sekecil itupun nak jadi penyebab untuk gaduh…?

(Anak2, don’t worry, gaduh kami tak berpanjangan, dah lebih 7 tahun kami kahwin, & sedikit demi sedikit persefahaman tu telah kami temui)

Bila Ummi fikir, fikir, & fikir… terdetik juga dihati Ummi “Adakah orang dengkikan kita & hantar “sesuatu” untuk merosakkan kebahagiaan keluarga kita…?”. Entahlah, Ummi sendiri takde jawapan untuk semua ni.

Cuma seingat Ummi, sejak kita “diuji” ni, Ummi dah tak bersentuhan dengan Abah kerana sentiasa dalam keadaan berwudhu’, Ummi dah tak tengok movie atau ceramah dengan Abah (selalunya dua malam weekend tu Abah temankan Ummi tengok movie & Ummi temankan Abah tengok ceramah kat youtube hingga lewat malam).

Bersentuhan tu adalah salah satu penyeri rumah tangga & pengikat kebahagiaan, bila kamu dah kahwin nanti kamu akan faham. Orang yang tengah gaduh macam mana nak bersentuhan atau berpegangan tangan, betul tak…!?

Kalau benarlah ada orang yang tak puas hati dengan kita, Ummi & Abah sedia memaafkan segala kesalahan yang orang tu lakukan kepada kami, & kami juga mohon agar setiap kesalahan kami (jika ada sengaja mahupun tak sengaja) dimaafkan.


Night 10 – Tuesday, 6 Mar 2012

Malam tu Abah tak join kawan2nya main badminton sebagaimana biasa, Abah bimbang kalau2 kamu “diganggu” semasa ketiadaannya. Dan Abah juga bimbang kalau2 disebabkan dirinya yang keluar malam tu memungkinkan ada “sesuatu” yang sudi menyinggah pada dirinya pula.

Malam tu juga kamu masih “diganggu”…beberapa kali…dah 10 malam berturut2 dah…

Ummi tak pasti bilakah “ujian” buat kita ini akan berakhir. Namun Ummi & Abah hanya mampu berdoa moga ianya segera berpenghujung.

Apapun Ummi tetap bersyukur kerana Abah kamu ada di rumah (tidak out station) ketika kita melalui semua ni, & Abang Ngah tidak pernah diganggu sama. ALLAH Knows Best.

Dengan rasa buntu, boring, keliru, penat & pelbagai lagi rasa yang tidak enak yang bersarang di kepala Ummi ni, Ummi tamatkan penceritaan kisah kamu yang masih berterusan ini di sini. Titik…

Tamat.

No comments:

Post a Comment