Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Thursday, March 1, 2012

Parents Evening Lagi

Semalam, 5-6 petang kita pegi school untuk attend Parents Evening buat kali keduanya untuk musim spring ni. Memang sebelum ni kita pernah attend 1st Parents Evening musim summer dulu.

Alhamdulillah, kamu berdua ada beberapa improvement sepanjang school kat sini. Kepada ALLAH jua Ummi & Abah panjatkan kesyukuran ini.

Masa 1st Parents Evening dulu, Mrs Noble; Abang Ngah Class Teacher kata, “He is a shy boy”.

Dan semalam katanya, “Adham is good in drawing and colouring, amazing and neat handwriting and can do the work/writing faster”. Tersenyum simpul Ummi & Abah mendengarnya.

Abang Ngah, yang “good in drawing and colouring” tu Ummi & Abah memang perasan yang Abang Ngah sekarang ni makin hebat, makin banyak persamaan dengan Along, cuma yang “amazing and neat handwriting” tu buatkan Ummi & Abah tertanya2 jugak, betul ke…? Abang Ngah buat homework laju sangat, tu yang Ummi tengok kerja kamu macam tak berapa kemas je, tapi teacher kamu cakap friends kamu yang lain laaagi tak kemas sebenarnya. So, faham la Ummi & Abah yang Abang Ngah ni sememangnya marvellous …relatively. Cuma Ummi harap Abang Ngah nanti akan buat homework dengan lebih teliti, sebagaimana Along ya.

Untuk Along pula, sebelum ni Mr Soppitt; Along Class Teacher kata, “He is very good in Maths”.

Dan semalam katanya, “Akram is excellence in Maths, great handwriting, fantastic in drawing and awesome in colouring. Akram also like play football. He can’t read because English is not your first language, so it is quite hard for him; however Akram can sound the words using Jolly Phonics, like c-a-t =cat, d-o-g =dog. Akram good in understand and can answer the questions when teachers and friends help him read the questions, I’m happy on Akram ability”.

Along, yang teacher kamu comment pasal Maths, drawing & colouring tu memang Ummi & Abah dah agak & sangat2 setuju. Cuma kami baru tau yang kamu suka main football. Syukur Alhamdulillah sebab dulu kamu lahir tak cukup bulan, dan selama setahun (hampir setiap minggu), kami bawa kamu buat fisio therapy kat HUKM sebab bahagian pinggang kamu & kebawah tak kuat menyebabkan kamu lambat jalan. Kamu juga pernah jalani speech therapy kat HUKM dulu sebab lambat cakap…”better late, than never”…Alhamdulillah.

Along, cuma yang Ummi kesiannya sebab kamu masih belum mampu membaca & perlukan bantuan orang lain untuk tolong bacakan soalan untuk kamu tulis jawapannya. Kamu mesti lebih rajin belajar membaca ya, Ummi & Abah harap kamu akan cepat pandai baca, nanti boleh ajar Abang Ngah buat bugclub. Apapun Ummi & Abah sangat happy & bersyukur sebab kamu cepat faham.

Along & Abang Ngah, tiada seorang pun yang dilahirkan sempurna, namun orang yang mahu belajar dari kesalahan adalah orang yang bijak, percayalah…

No comments:

Post a Comment