Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Sunday, November 11, 2012

Teristimewa Buat Along (part 2)

sambungan part 1...

Tahun 2009
·         26 Jan – Kamu pandai kayuh basikal 360
·         09 Feb – Breakfast pagi tu kamu baca doa makan, semua terdiam…!!!
·         14 Feb – Kamu pandai baca ABC…to Z
·         06 Jun – Toilet train untuk kamu, juga Abang Ngah
·         12 Jun – Kamu dah pandai buang air kat toilet
·         15 Jun – 1st day kamu tak pakai diapers pegi tadika, tapi terkencing kat buku sebab asyik sgt color gambar
·         28 Jun – Dagu kamu luka, gara2 cuba bercukur sendiri…!!
·         01 Jul – Kamu kena duri kat ibu jari, susahnya nak buang, syukur kamu tak nangis
·         14 Jul – Kamu jadi Imam masa solat di tadika
·         22 Ogos – Kamu & Abang Ngah pandai baca Al-Fatihah
·         04 Dec – Kamu dah tak pakai diapers pegi tadika (setelah berumur 4 years, 4 months, 4 days), aik satu kebetulan yg unik, Ummi tak plan pun sebenarnya
·         22 Dec – Kamu pandai guna kaki semasa naik buaian
Tahun 2010
·         16 Feb – Kamu dah tak pakai diapers time tidur malam, tak kencing pulak tu, VERY GOOD!!!
·         24 Mac – Kamu, juga Abang Ngah mula kemas toys tanpa perlu disuruh
 Tahun 2011
      ·         Kamu mendapat pelbagai   
            certificates/gifts/books/stickers
            sepanjang kembara kita ke bumi
            Durham, UK


Tahun 2012

·         July – Kamu & Abang Ngah mula belajar berpuasa, cukup senang mengejutkan kamu berdua bersahur
·         07 Ogos – Kamu dilantik sebagai ketua kelas 1K menggantikan kawan kamu yang pindah ke kelas lain
·         17 Sep – Kamu & Abang Ngah mula tidur asing, sebelum ni kamu berdua share bilik dengan Ummi & Abah, yes, yes, yes…lalala. Cuma kesiannya bilik kamu belum ada air-cond
·         03 Nov – Cikgu Arian sms Ummi bagitau yang kamu dapat tempat pertama dalam kelas
Harapan kami dalam waktu terdekat ini agar kamu dapat;
      ·         Dirikan solat dgn sempurna












·         Betulkan bacaan ayat2 lazim












·         Tertib di majlis2 ilmu










Ummi selalu bagitau kamu;
Jika kita tidak berjaya menjadi insan yang PANDAI, pilihlah untuk menjadi insan yang BAIK, jika kita berjaya menjadi keduanya, adalah lebih HEBAT

Sahabat Ummi pernah bertanya, “apa U buat time nak suruh anak2 siapkan homework?” Sebenarnya Ummi tidak pernah memaksa kamu & Abang Ngah siapkan homeworks, apa yang Ummi lakukan (biasanya dalam kereta @pun setelah kamu selesai tukar pakaian) setiap kali pulang dari sekolah/day care/tahfiz adalah mengingatkan apa yang perlu kamu lakukan untuk hari itu

Setiap weekdays Ummi pasti bagitau “Anak2 Ummi, dengar Ummi cakap ya, tengok Ummi, balik rumah ni lepas makan/minum kamu kena keluarkan books kamu yang ada homeworks, malam nanti baru kamu buat, takut lupa. Lepas solat Maghrib nanti baca Quran, lepas tu makan nasi, then siapkan homeworks, sapa siap cepat dia boleh main sebelum tido

Ummi juga tak benarkan kamu tengok TV malam2. Sebab itulah kamu selalu bangun awal weekends semata2 nak tengok cartoon. Kamu jangan sedih ya, bila kamu dah besar nanti kamu akan faham betapa sayangnya Ummi & Abah kepada kamu berdua

Along Sayang, moga kamu jadi insan yang sentiasa bersyukur, sentiasa tahu diri…cintakan ALLAH & Rasullullah, hormati semua org esp. Ummi & Abah, juga cikgu2 kamu. Doa Ummi & Abah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kamu, juga Abang Ngah di dunia & akhirat.

Ummi juga bangga dengan kamu kerana kamu telah tahu gunakan subconscious mind, dan juga law of attraction, walaupun keduanya belum Ummi ajar directly kepada kamu. Ummi, Abah & Abang Ngah cayang kamu sangat2…!!

Ni gambar2 kamu semasa Hari Anugerah Cemerlang di sekolah kamu;

Teristimewa Buat Along (part 1)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Segala puji & syukur kami panjatkan hanya pada-MU Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RAHIM. Atas segala nikmat & rahmat yang KAU berikan kepada kami hamba-MU yang serba kekurangan ini

Last 4 days (7 Nov 2012) Ummi & Abah hadiri Hari Anugerah Cemerlang 2012 SKBB, Alhamdulillah kamu juga diraikan pada majlis itu

Along Sayang,
Ummi & Abah syukur atas apa yang kamu mampu lakukan, dari kamu kecil lagi memang Ummi & Abah bangga dengan kamu (seharusnya semua ibu bapa bersyukur, juga terima seadanya kelebihan & kekurangan anak2, anugerah ALLAH yang tidak ternilai ini), walaupun Dr sahkan kamu GDD - Global Development Delay; delay on speech and social (kamu pernah jalani speech therapy & physiotherapy di HUKM). Ummi & Abah redha, hingga sekarang kamu masih tidak mampu bercakap/berlari sesempurna kawan2 seusia kamu

Terasa terbang penat lelah Ummi & Abah menemankan kamu pegi treatment di HUKM & An-Nur selama ini, sentiasa segar di fikiran Ummi susah senang kami membesarkan kamu. Kami sentiasa bersyukur & bangga dgn segala kemampuan kamu, walaupun adakalanya agak terbatas;

Tahun 2005
·         01 Ogos – Kamu selamat dilahirkan (1141am) – ditahan 2 weeks dalam incubator kerana premature 35 weeks (due date asal adalah 4 Sep 2005), kiwi vacuum for fetal distress, berat kamu hanya 1.91 kg
·         04 Ogos – Kamu dibedah (10am – 1pm) kerana mempunyai masalah Duodenal Atresia - usus tidak bersambung

Masa baby dulu kamu ada prolonged jaundice – demam kuning; Cryptorchism – satu testis dalam kerandut & satu lagi tidak turun dalam keadaan normal (Alhamdulillah sekarang dah  kembali normal tanpa perlu dibedah); dan Bronchitis, juga kerap demam dan selesema

Kamu juga kerap keluar-masuk wad untuk buat suction/physiotherapy – untuk sedut kahak. Ummi & Abah pernah bawa kamu (18 April 2006) jumpa Dr Harun Din di Darussyifa’ Bangi sebab batuk dan demam yang teruk

Sehingga sekarang kamu perlu ambil nebulizer jika batuk tidak terkawal setiap kali demam. Last kamu ambil neb adalah pd 11 Ogos 2012 (ketika usia kamu 7 tahun 10 hari)

Tahun 2006
      ·         21 Jan – Kamu mula pandai meniarap
·         01 Mac – Kamu berjaya masukkan ibu kaki dalam mulut (1257am)
·         10 Mac – Kamu dah pandai bergerak ke depan dan ke belakang setiap kali meniarap
·         19 Mei – Kamu dah berani naik walker, tapi hanya pandai bergerak ke belakang sahaja
·         30 Jun – Kamu mula pandai panjat kerusi, tapi tak tahu nak turun…!!!
·         15 July – 2 batang gigi bawah mula tumbuh. Umur dah dekat setahun, hari tu baru pandai pegang botol susu sendiri (anak sulung sememangnya manja ke…??)
Tahun 2007
·         21 Jan – Kamu dah pandai berjalan. Alhamdulillah, Ummi dan Abah happy sangat
·         25 Feb – 1st time kamu jalan di luar rumah (Putrajaya), kamu happy sangat
·         09 Apr – 1st time Ummi dapat potong kuku kamu dengan mudah, sebelum ni kena tunggu kamu
tidur dulu
·         01 Mei – Kamu mula gosok gigi sendiri, suka sangat ‘makanKodomo Lion
·         06 Mei – Kamu suka ikut Ummi @ Abah solat, rukuk pandai... sujud pun pandai…
      ·         23 Sept – Kamu makan nasi sendiri…
            pandainya…!!!
·         14 Okt (raya ke-2) – Muka kamu kena zing masa beraya di Kok Keli, syukur tak kena mata
·         01 Dis – Kamu pakai kasut sendiri, jarang sangat terbalik…selalunya betul…hebat kamu…!!!
Tahun 2008
·         20 Nov – Kamu pandai buka baju sendiri
·         23 Nov – Kamu tahu buka baju & seluar sendiri
Bersambung…

Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha 1433H


Selamat Hari Raya Korban kepada semua ahli keluarga, jiran tetangga, juga sahabat handai di mana jua berada
Buat renungan kita bersama,
Rasullullah SAW bersabda, “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. – Hadis Riwayat At-Tirmidzi
Antara Hikmah Korban adalah;
i.    Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyahut perintah ALLAH SWT untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS
ii.   Melahirkan tanda bersyukur kepada ALLAH SWT terhadap nikmat2-NYA yang melimpah-ruah
iii.  Menanamkan perasaan kasih sayang antara sesama insan

Moksu Yah Dalam Ingatan, Dalam Kenangan (part 2)

Dia salah seorang insan cukup istimewa yang pernah menceriakan hari2 Ummi dulu.

Agak banyak kenangan Ummi bersamanya suatu waktu dulu, segalanya sangat manis untuk Ummi kenangkan, yang pastinya tidak akan dapat dirasai bersamanya lagi, walaupun berat untuk diakui, hati ini kena redha…
ketentuan ALLAH adalah milik ALLAH…

Bila Ummi dengar lagu ini memang Ummi akan terbayangkan dia

Sudirman - Pelangi Petang

Ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi kegelapanku
ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung bersamanya

Engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini
seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua

Tuesday, October 2, 2012

Moksu Yah Dalam Ingatan, Dalam Kenangan (part I)

Ummi terkejut, terkejut sangat2…sedih, terkilan,…segala perasaan bercampur-aduk.
Malam tadi Ummi dapat sms dari teman rapat Ummi bagitau yang ibu saudaranya, Moksu Yah telah kembali ke Rahmatullah pd Jan yg lalu, masa tu kita masih lagi belum balik ke Malaysia, Al-Fatihah…
Sejak dari lepas kahwin lagi (26 November 2004) Ummi pernah bagitau Abah yang suatu masa nanti Ummi akan kenalkan Abah dgn Moksu Yah. Juga setelah kamu berdua hadir dalam hidup kami, Ummi bagitau Abah yang suatu masa nanti Ummi akan kenalkan Abah & kamu berdua dgn Moksu Yah.
Sehingga ke hari ini, Ummi masih belum berkesempatan tunaikan hajat Ummi yang satu itu, setelah dia pergi tak kembali….
Anak2 Ummi, MATI ITU PASTI, Al-Fatihah…
Dalam hati ada “hujan”. Bersambung…
(sekejap lagi Ummi nak jumpa Supervisor, sekarang ni Ummi lagi sibuk sebab telah mula report duty kat ofis semalam)
p/s: Gambar Moksu Yah tu Ummi jumpa dari blog Syahril A. Kadir. Lagi coretan pasal Moksu Yah di Agenda Daily. Jutaan terima kasih kepada saudara Syahril A. Kadir dan saudara Badrul Hisham Abdul Aziz di atas perkongsian mereka.

Wednesday, August 29, 2012

Syawal Kita ~ Aidilfitri yang "Suram"

Syawal sememangnya diraikan dengan kemeriahan sebagai tanda kemenangan juga kesyukuran kita terhadap Yang Maha Pencipta. Namun, di celah2 kemeriahan itu terselit sedikit musibah yang mencalarkan kebahagiaan Aidilfitri kita pada 1433H kali ini. Ummi coretkannya disini buat tatapan kamu berdua suatu hari nanti. 

3 Syawal 1433H (Selasa, 21 August 2012)
Kita bersama2 Tok Ma sekeluarga ke Geting, Pengkalan Kubor untuk berhari raya di samping menziarahi sepupu Ummi, Abe Jak yang kurang sihat. Sampainya kita di lorong masuk berhampiran dengan rumahnya, kereta Abah dilanggar oleh sebuah motosikal. Syukur tiada sebarang kecederaan yang dialami, sekadar sedikit kerosakan pada kereta & motor tersebut. Ummi & Abang Ngah menemani Abah membuat report di IPD Tumpat, Cawangan Trafik. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Kak Ma diatas pemergian Allahyarham Abe Jak sekitar waktu Asar pada keesokan harinya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama2 golongan orang2 soleh, Al-Fatihah

4 Syawal 1433H (Rabu, 22 August 2012)
Tok Ayah diserang strok lagi, kali ini di bahagian saraf muka menyebabkannya sukar untuk bercakap serta makan & minum. Tok Ma juga beberapa ahli keluarga yang lain berusaha memujuk Tok Ayah untuk dibawa ke hospital, namun gagal. Selepas Zohor Tok Ayah dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk pemeriksaan berkala. Setelah selesai pemeriksaan, Tok Ayah kemudiannya dihantar ke HBKB menaiki ambulance. Sekitar jam 6.20pm Tok Ayah dimasukkan ke Wad Mahsuri kerana salur darah di bahagian kepada telah pecah disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak. Sehingga sekarang Tok Ayah masih lagi ditahan di wad. Tok Ayah hanya diberikan susu melalui tiub di hidung. Semoga ALLAH memberikan kurniaan yang terbaik buat Tok Ayah. Tok Ayah mula diserang strok pada 23 Oct 2006 bersamaan 1 Syawal 1427H ketika Abang Ngah masih lagi dalam kandungan Ummi, telah 6 tahun berlalu, namun kesihatannya masih lagi belum pulih sepenuhnya.
Along & Abang Ngah, buat renungan kita bersama,
Dari Anas ra, Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” ~ Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan2nya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun2nya" ~ HR Bukhari & Muslim.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata: "Rasulullah SAW menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa2nya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak" ~ HR Abu Daud.

9 Syawal 1433H (Isnin, 27 August 2012)
Kita sampai ke Pajam sekitar waktu Asar pada hari Sabtu (7 Syawal 1433H - 25 August 2012). Keesokan harinya Abang Ngah tiba2 demam+batuk. Ummi sangat tidak tenang malam tu kerana badan Abang Ngah panas sangat secara tiba2, sepanjang malam Ummi memeluk kamu serta tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan tentang “masalah terencat akal disebabkan oleh demam panas”. Keesokannya tu Ummi & Abah membawa kamu ke An-Nur. Dr Arbaiyah membekalkan ubat demam yang perlu dimasukkan melalui punggung sekiranya badan kamu panas sebagaimana hari sebelumnya. Ini adalah pengalaman pertama Ummi dibekalkan dengan ubat tersebut. Sebagai tambahan, Abah membelikan Cool Fever untuk kamu. Anak2 Ummi, ketahui bahawa Ummi & Abah amat menyayangi kamu berdua setulusnya.

10 Syawal 1433H (Selasa, 28 August 2012)
Pagi semalam Abang Ngah ada dental appointment di Hospital Serdang. Dr terpaksa mencabut gigi atas Abang Ngah kerana akarnya telah keluar dari tulang gusi, serta menampal 2 gigi yang lain. Kesian juga Ummi & Abah tengok sebab Abang Ngah ternganga selama 14 minit (9.55am – 10.09am) untuk menyelesaikan rawatan itu. Abang Ngah tak nangis pun, anak Ummi memang strong…!! Terima kasih kepada Dr Yogeswari atas rawatan yang cermat & sangat teliti, kami sangat berpuas hati.


Wednesday, August 22, 2012

Apakah Maknanya Ini…!?

Anak-anak Ummi,
Hari ni kita dah masuk 4 Syawal 1433H, rata-rata umat Islam masih lagi dalam mood raya…masih lagi bercuti…masih lagi berhari raya menziarahi kaum keluarga masing-masing.
Begitu juga dengan kita sekeluarga, masih lagi berada di kampung, bergilir-gilir antara rumah Tok Ma & Tok Mek kamu. Kita bergembira di hari raya ini, berkunjung & dikunjungi. Namun, jauh di sudut hati Ummi ada perasaan yang sukar dimengertikan…ada rasa kekusutan yang kunjung datang bersilih-ganti dengan kemeriahan di Aidilfitri ini. Rasa kecelaruan itu terus "mendampingi" Ummi tidak kira siang @pun malam, tidak kira jaga @pun tidur, tidak kira sunyi @pun bising…
Apakah maknanya ini…!?
Adakah kerana study leave Ummi yang dah hampir ke garisan penamatnya…!?
Adakah kerana write-up thesis Ummi yang belum lagi mencapai ke full stop yang terakhir…!?
Apapun Ummi akan terus berdoa & berusaha sedaya mampu Ummi untuk menyelesaikannya.
Terima kasih kepada Abah & kamu berdua yang sangat memahami “keadaan” Ummi. Juga terima kasih kepada keluarga Ummi & Abah yang faham kekangan Ummi  untuk raya 1433H pada kali ini.
Ummi doakan moga ALLAH swt sentiasa memudahkan perjalanan Ummi dalam menuntut ilmu-NYA ini. Juga mengurniakan kekuatan & semangat kepada sahabat-sahabat seperjuangan Ummi di UPM, KUIS, UKM, & DURHAM, Aaamiiin.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Tinggal Ramadhan & Salam Aidilfitri 1433H

Ramadhan kali ini sudah hampir ke penghujungnya, semoga amal ibadat kita di terima oleh-NYA & diberikan ganjaran yang sebaiknya buat bekalan kita di “alam kekal itu” nanti serta semoga kita berpeluang melalui Ramadhan pada masa mendatang, InsyaALLAH.
Kita akan bertolak balik kampung sekitar lepas Zohor hari ni, semoga perjalanan kita selamat hendaknya.
Kamu berdua masih lagi belum sihat sepenuhnya sejak demam+batuk+selsema+hidung berdarah dari 7 August 2012 lagi. Ummi & Abah doakan moga ALLAH mengurniakan kesihatan tubuh badan yang terbaik buat kamu berdua.
Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua keluarga & sahabat kami di mana jua berada. Wassalam.

Monday, August 13, 2012

Ya ALLAH, Kurniakan Kesihatan Yang Baik Kepada Kami

Today, Along tak dapat ke sekolah kerana demam + batuk berkahak + selsema + hidung berdarah  masih lagi belum pulih sepenuhnya. So, menjadi tanggungjawab Ummi lah untuk menjaga kamu sebaiknya di rumah. Abah pula menemankan Abang Ngah ke HUKM kerana ada appointment dengan CDC pagi ni. Harapnya Abang Ngah memberi respon yang baik walaupun tanpa kehadiran Ummi bersama.

Last 2 days (11 August 2012) Ummi dah bawa Along jumpa Pakar Kanak2 An-Nur. Dr Arbaiyah bagitau yang asma kamu dah mula balik dengan keadaan yang agak teruk. Ianya disebabkan oleh environment, nak tak nak memang agak susah nak elak sebenarnya. So, masa tu kamu perlu mengambil nebulizer serta ubat2 lain sebagaimana sebelum ni. Dr minta kita datang lagi esok (Tuesday - 14 August 2012) setelah menghabiskan antibiotic jika keadaan kamu masih belum pulih. Harapnya kita dah tak perlu lagi jumpa Dr Arbaiyah esok.
Tiap kali kamu tak sihat, mesti kamu tanya Ummi, “Ummi, Ummi sedih ke Along tak sihat? Ummi nangis ke?”. Sayang, memang Ummi & Abah sedih, kami sentiasa doakan yang terbaik buat kamu berdua. Setiap parents mesti sedih bila anak tak sihat, bila anak ditimpa musibah. Bila kamu dah ada anak nanti semestinya kamu berdua akan faham & sentiasa buat yang terbaik untuk anak2 kamu, InsyaALLAH.
Ya ALLAH Ya ROHMAN Ya ROHIM, berilah kesihatan tubuh badan yang baik kepada kami untuk kami menjalankan segala amanah-MU, untuk kami menjaga anak2 kami. Juga kesihatan yang baik buat anak2 kami agar mereka dapat ke sekolah seperti biasa dan dapat balik kampung untuk menyambut Aidilfitri pada hujung minggu ni, Aaamiiin.

Saturday, August 11, 2012

Ketua Darjah Kelas 1K yang Baru

Along, balik dari sekolah hari tu (7 August 2012), kamu bagitau yang kamu dilantik menjadi ketua darjah yang baru kerana menggantikan kawan kamu yang berpindah ke kelas lain.
TAHNIAH dari Ummi, Abah & Abang Ngah.

Sayang, "kekuatan itu tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya dari semangat yang tidak pernah mengalah,". Semoga kamu sentiasa bersemangat untuk melaungkan ucapan "Assalamualaikum Cikgu" & "Terima Kasih Cikgu".

Indahnya Ramadhan 1433H Kali Ini…..

Bagi Ummi & Abah kerana;
- dapat berbuka bersama2 - suatu kenangan manis yang amat berharga. Bila kamu dah besar nanti semestinya Ummi & Abah merindui saat2 ini
- dapat melihat anak2 bersahur - makan bertambah, esp Abang Ngah
- dapat bersahur bersama2 (4 beranak) - tahun2 sebelum ni Ummi panaskan lauk & makan (Abah temankan kamu berdua tido), then Abah pulak makan (Ummi pulak yang temankan kamu berdua tido). Time tu sayu & kurang selera sangat kerana bersahur “berseorangan
Bagi Along & Abang Ngah kerana;
- dapat duit setelah berjaya menyempurnakan puasa - ni salah satu cara untuk menggalakkan anak2 kecil berpuasa. Mengikut ceramah sorang ustaz; kita boleh galakkan anak2 kita yang baru belajar berpuasa dengan 2 cara, iaitu dengan pemberian @pun denda. Diantara keduanya, memberi sesuatu pemberian adalah lebih baik dari mendenda. Contoh pemberian, hadiah, wang saku, menyediakan makanan yang anak2 suka ketika berbuka bagi meraikan anak2 setelah seharian berpuasa. Contoh denda pula seperti tidak membenarkan anak yang tidak berpuasa makan bersama2 orang yang puasa ketika tiba waktu berbuka, mengurangkan jumlah duit raya dari yang sepatutnya, dsb. Ummi harap kamu berdua dapat praktikkan apa yang Ummi & Abah buat pada kamu bila kamu mempunyai anak sendiri nanti, InsyaaALLAH
- dapat belajar merasai sedikit kesusahan orang yang kurang berkemampuan - selama ini kamu hanya berpeluang tengok dalam TV berkenaan orang susah; ada yang tiada ayah, ada yang tiada ibu, ada yang tiada makanan, ada yang tiada tempat tinggal, ada yang tidak dapat ke sekolah. Kamu selalu cakap, “Ummi, kesian dia, takde Ummi, takde Abah, takde toys, takde apa-apa pun”. Kamu perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH beri pada kita, jangan membazir, & jangan lupa untuk menyedekahkan sebahagian harta kita kepada orang yang kurang berkemampuan. Sayang ingat ya, dalam harta kita ada hak orang lain.

Wednesday, August 1, 2012

Happy Birthday Along

Along Sayang…..
Ummi, Abah, & Abang Ngah ucapkan selamat hari lahir yang ke-7 buat Along. Kami bertiga sayang Along sangat-sangat. Kami doakan moga Along bahagia di dunia & akhirat, InsyaALLAH.
Berita yang Mengejutkan
Along, masih segar dalam ingatan Ummi…..
tanggal 10 Jan 2005 Ummi buat pemeriksaan di Klinik Zalfah, Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi kerana merasakan ada sesuatu perubahan pada diri Ummi. Adakalanya terasa penat sangat, adakalanya terasa pening, adakalanya terasa mual, silih berganti. Doktor yang bertugas pada hari berkenaan, Dr. Ahmad Sabri mengesahkan bahawa Ummi mengandung.

Syukur Alhamdulillah. Sememangnya telah Ummi agak dari awal lagi kerana selama ini period (nanti kamu akan faham apa bendanya ni) Ummi tidak pernah terlewat. Abah juga memang merasakan perkara yang sama kerana menurutnya Ummi agak cepat meradang sejak akhir-akhir ini, entahlah Ummi pun tak perasan pasal mood Ummi yang tak menentu itu.

Sepanjang mengandungkan kamu, Ummi rasa agak tertekan juga kerana seringkali muntah. Makanan seharian pula adalah nasi putih berlaukkan ikan bilis goreng sahaja (ikan bilis yang telah digoreng kemudiannya dibungkus dalam tisu kerana Ummi akan muntah apabila terbau minyak masak). Seksanya pada masa itu, namun Ummi kuatkan hati kerana menurut Doktor biasanya di awal-awal ibu mengandung perkara sebegini adalah biasa. Dan menurutnya keadaan akan kembali pulih setelah kandungan masuk bulan ke-4 nanti.
Namun, sehingga kandungan masuk bulan ke-6 pun keadaan masih sama. Perut Ummi agak kecil juga, kata orang mengandung sulung memang perut tak nampak besar sangat. Namun apabila kandungan masuk bulan ke-7 perut Ummi seolah-olah besar sangat. Dr. Kamsiah (Dr Kamsiah Haji Muda) di Klinik Az-Zahrah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kandungan Ummi ini. Ummi dinasihatkan untuk membuat scan 3-D dan 4-D untuk mengetahui masalah yang sebenar.
Di Klinik Az-Zahrah pun Ummi ada buat scan 3-D, tapi Dr. Kamsiah tidak memberitahu Ummi secara detail tentang masalah kandungan Ummi. Ummi dapat rasakan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan Ummi. 
Ummi kemudiannya dirujuk kepada pakar O&G di HUKM untuk mendapat 2nd opinion serta pemeriksaan seterusnya. Di sana Ummi bertemu dengan Puan Anson iaitu seorang juru scan yang berpengalaman. Setelah selesai menjalankan scan 3-D dan 4-D dia menasihatkan Ummi berjumpa dengan Dr. Har (Prof Madya Dr. Harlina Harlijah Siraj) untuk sesi kaunseling. Ummi dan Abah terpinga-pinga waktu itu…apa masalahnya…kenapa kena jalani sesi kaunseling…??
Menurut Puan Anson, Dr. Har ada kuliah pada masa itu dan akan sampai ke klinik dalam waktu terdekat ini. Sementara menunggu kedatangan Dr. Har emosi Ummi tak menentu, Ummi tak tau apa nak buat…apa nak fikir…apa bakal berlaku… Abah hanya dia membisu saja, Ummi tak pasti apa yang Abah fikirkan.
Tidak berapa lama kemudian Dr. Har tiba…
Assalamualaikum Mawar dan Adib”, sapanya sambil bersalam dengan Ummi.
Sambungnya lagi “saya harap Mawar dan Adib tabah menerima apa yang akan saya perkatakan ini. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, kita sebagai hamba kena redha. Saya telah melihat laporan scan yang telah dijalankan terhadap Mawar dan kami dapati baby dalam kandungan ada masalah Duodenal Atresia iaitu usus tidak bersambung, sebab itulah kita tengok perut Mawar seolah-olah tiba-tiba membesar. Masalah ini kerap berlaku pada baby yang mengalami Duodenal Atresia. Biasanya 1 daripada 3 baby yang ada masalah Duodenal Atresia adalah Down Syndrome. Hanya ada satu cara untuk pastikan baby Down Syndrome atau pun normal adalah melalui amniocentesis”.
Ummi terkejut dengan penjelasan itu, begitu juga dengan Abah kamu, Ummi fikir.....
Kalau Mawar dan Adib bersetuju kita akan buat amniocentesis iaitu dengan mengambil air ketuban dan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan. Buat masa ni kita ada 2 pilihan samada menghantar air ketuban ini ke makmal di Singapura dengan kos RM1000 atau ke makmal di Australia dengan kos RM1500. Kalau di Singapura resultnya lambat sikit, dalam masa seminggu baru dapat tahu. Tapi kalau di Australia, kita akan dapat result dalam masa 3 hari je”.
Apa perlunya saya buat pemeriksaan ini?”, Ummi bertanya dalam kebingungan. Ummi rasa seolah-olah Ummi bertanyakan satu soalan yang Ummi sendiri sudah tahu jawapannya; iaitu untuk pastikan baby Down Syndrome atau pun normal.
Dengan tenang Dr. Har menerangkan, “macam ni Mawar ya, sebenar kita belum pasti apa sebenarnya masalah kandungan ini. Namun jika kita tahu keadaannya yang sebenar dari awal, kita akan lebih bersedia…lebih redha…lebih berlapang dada menerima ujian ALLAH ini. Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang buruk berlaku, apatah lagi kepada anak kandung kita sendiri. Namun ketentuan ALLAH tiada siapa yang tahu. Sebagai contoh, dua orang anak Puan Anson telah kembali ke rahmatullah. Ujian ini juga saya sendiri pernah lalui, kematian anak setelah berusia 8 tahun…..”.
Buat masa ini, nasihat saya, Mawar boleh ambil cuti 2 hingga 3 minggu atau pun cuti bermula hari ini sehingga Mawar selamat bersalin. Ambil masa untuk tenangkan diri. Pernah ada kes yang ibu tidak dapat menerima keadaan ini. Kita bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku…..
Adib juga jangan biarkan Mawar bersendirian, sebolehnya sentiasa berada disisi Mawar, untuk memberi semangat juga kekuatan untuk melalui semua ini”.
Abah kamu diam…..
Setelah agak lama berfikir, barulah Ummi mampu bersuara, “Dr, saya rasa saya tak perlu ambil cuti (Ummi fikir, kalau cuti maknanya adakalanya Ummi akan tinggal seorang diri di rumah ketika Abah kamu kerja), Dr jangan bimbang, saya boleh pergi kerja macam biasa (Ummi fikir, kalau pegi kerja maknanya Ummi tak akan keseorangan sebab akan sentiasa di kelilingi oleh kawan-kawan ofis Ummi), InsyaALLAH kami boleh lalui semua ini”.
Along Sayang, itulah antara permulaan secebis kisah (banyak lagi kisah kamu akan Ummi ceritakan bila kamu besar nanti, supaya kamu tahu…..juga supaya kamu menjadi insan yang tahu diri…..yang sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH) bagaimana Ummi melalui saat getir… saat perit Ummi menerima kehadiran kamu. Ummi bersyukur kerana Abah sentiasa disisi Ummi.
Alhamdulillah, telah 7 tahun kisah itu berlalu…..
Ummi & Abah redha & syukur dengan apa jua ujian yang telah kami lalui. Kami (secara peribadinya) bangga dengan setiap kemampuan kamu, juga setiap kebolehan yang kamu ada pada hari ini. Bagi kami, kamu anak yang HEBAT…!!
p/s: Ummi ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-44 kepada kawan Ummi; Kak Lah, yang juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kamu. Ummi juga pasti yang kawan Ummi ini juga ada melalui saat-saat getir dalam hidupnya sehingga menjadikan dia muncul sebagai insan yang HEBAT sebagaimana hari ini.
Kak Lah, semoga hidup Kak Lah sentiasa dilindungi ALLAH. Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup Kak Lah. Saya sayang Kak Lah…!!