Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Wednesday, August 29, 2012

Syawal Kita ~ Aidilfitri yang "Suram"

Syawal sememangnya diraikan dengan kemeriahan sebagai tanda kemenangan juga kesyukuran kita terhadap Yang Maha Pencipta. Namun, di celah2 kemeriahan itu terselit sedikit musibah yang mencalarkan kebahagiaan Aidilfitri kita pada 1433H kali ini. Ummi coretkannya disini buat tatapan kamu berdua suatu hari nanti. 

3 Syawal 1433H (Selasa, 21 August 2012)
Kita bersama2 Tok Ma sekeluarga ke Geting, Pengkalan Kubor untuk berhari raya di samping menziarahi sepupu Ummi, Abe Jak yang kurang sihat. Sampainya kita di lorong masuk berhampiran dengan rumahnya, kereta Abah dilanggar oleh sebuah motosikal. Syukur tiada sebarang kecederaan yang dialami, sekadar sedikit kerosakan pada kereta & motor tersebut. Ummi & Abang Ngah menemani Abah membuat report di IPD Tumpat, Cawangan Trafik. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Kak Ma diatas pemergian Allahyarham Abe Jak sekitar waktu Asar pada keesokan harinya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama2 golongan orang2 soleh, Al-Fatihah

4 Syawal 1433H (Rabu, 22 August 2012)
Tok Ayah diserang strok lagi, kali ini di bahagian saraf muka menyebabkannya sukar untuk bercakap serta makan & minum. Tok Ma juga beberapa ahli keluarga yang lain berusaha memujuk Tok Ayah untuk dibawa ke hospital, namun gagal. Selepas Zohor Tok Ayah dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk pemeriksaan berkala. Setelah selesai pemeriksaan, Tok Ayah kemudiannya dihantar ke HBKB menaiki ambulance. Sekitar jam 6.20pm Tok Ayah dimasukkan ke Wad Mahsuri kerana salur darah di bahagian kepada telah pecah disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak. Sehingga sekarang Tok Ayah masih lagi ditahan di wad. Tok Ayah hanya diberikan susu melalui tiub di hidung. Semoga ALLAH memberikan kurniaan yang terbaik buat Tok Ayah. Tok Ayah mula diserang strok pada 23 Oct 2006 bersamaan 1 Syawal 1427H ketika Abang Ngah masih lagi dalam kandungan Ummi, telah 6 tahun berlalu, namun kesihatannya masih lagi belum pulih sepenuhnya.
Along & Abang Ngah, buat renungan kita bersama,
Dari Anas ra, Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” ~ Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan2nya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun2nya" ~ HR Bukhari & Muslim.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata: "Rasulullah SAW menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa2nya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak" ~ HR Abu Daud.

9 Syawal 1433H (Isnin, 27 August 2012)
Kita sampai ke Pajam sekitar waktu Asar pada hari Sabtu (7 Syawal 1433H - 25 August 2012). Keesokan harinya Abang Ngah tiba2 demam+batuk. Ummi sangat tidak tenang malam tu kerana badan Abang Ngah panas sangat secara tiba2, sepanjang malam Ummi memeluk kamu serta tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan tentang “masalah terencat akal disebabkan oleh demam panas”. Keesokannya tu Ummi & Abah membawa kamu ke An-Nur. Dr Arbaiyah membekalkan ubat demam yang perlu dimasukkan melalui punggung sekiranya badan kamu panas sebagaimana hari sebelumnya. Ini adalah pengalaman pertama Ummi dibekalkan dengan ubat tersebut. Sebagai tambahan, Abah membelikan Cool Fever untuk kamu. Anak2 Ummi, ketahui bahawa Ummi & Abah amat menyayangi kamu berdua setulusnya.

10 Syawal 1433H (Selasa, 28 August 2012)
Pagi semalam Abang Ngah ada dental appointment di Hospital Serdang. Dr terpaksa mencabut gigi atas Abang Ngah kerana akarnya telah keluar dari tulang gusi, serta menampal 2 gigi yang lain. Kesian juga Ummi & Abah tengok sebab Abang Ngah ternganga selama 14 minit (9.55am – 10.09am) untuk menyelesaikan rawatan itu. Abang Ngah tak nangis pun, anak Ummi memang strong…!! Terima kasih kepada Dr Yogeswari atas rawatan yang cermat & sangat teliti, kami sangat berpuas hati.


No comments:

Post a Comment