Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, March 6, 2012

Ya ALLAH Ya RAHMAN, Lindungilah Kami (part 4)

…sambungan part 3…

Night 6 – Friday, 2 Mar 2012

Along, semasa berjalan balik dari school petang tu kamu bagitau yang kamu tak happy kat school sebab pening mata, semua benda yang kamu lihat nampak sekejap besar & sekejap kecik. Ummi bawa bag & pack lunch kamu serta pimpin tangan kamu, bimbang pula takut kamu jatuh di jalanan.

Sampai di rumah kamu terus baring sepanjang hari, hanya duduk sekejap sahaja masa Ummi suapkan nasi (ni perkara yang kamu tak pernah lakukan sebelum ini, selalunya setiap kali balik dari school, rutin kamu ialah makan, tukar pakaian, & main toys sambil tengok tv. Tapi hari tu berlainan benar Ummi rasakan).

Ummi tahu kamu penat sangat sebab dah 5 malam tido kamu terganggu. Ummi & Abah kesian sangat dengan kamu, ada kegusaran di hati kami bimbang kamu jatuh kat school sebab pening & penat. Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM, lindungilah anak kami ini.

Malam tu kita sekeluarga still tido sekatil. Jam kat dinding menunjukkan pukul 8.15 malam, tiba2 Ummi terfikir untuk tangkap gambar kita, sebagai kenangan untuk Ummi tunjukkan pada kamu bila kamu dewasa nanti, untuk Ummi ceritakan pada kamu suatu masa nanti, yang bahawasanya kamu & Abang Ngah selamanya tetap menjadi keutamaan dalam hidup Ummi & Abah, walau apa jua keadaan pun…

Semasa Ummi nak click pada digital camera kita, melalui camera itu Ummi lihat ada diri “Ummi” bersama2 kamu berdua & Abah, & Ummi juga lihat kepala Along terdongak ke atas dengan leher belakang kepala 90 darjah (SubhanALLAH, apa sudah jadi...!? Apa yang berlaku pada keluarga kita sebenarnya…!?).

Sepantas kilat Ummi terus mengalihkan camera tersebut, Ummi lihat keadaan yang berbeza dari apa yang Ummi saksikan sebentar tadi; yang ada hanyalah Abah, Along & Abang Ngah (amat mustahil untuk Ummi ada bersama atas katil itu kerana Ummi yang memegang camera untuk mengambil gambar tersebut). Dan Along terbaring lemah rapat di sisi Abah, & bukannya dengan kepala terdongak ke atas… Ummi cepat2 terus mengambil gambar & menyimpan camera tersebut.

Kejadian” itu Ummi ceritakan pada Abah kamu pada keesokan harinya. Tak berani nak bersuara malam itu…kelu…segalanya diluar jangkaan.

Sepanjang malam tu kamu kerap kali mengulang2 ayat ni “Ummi Along takut, Along tak boleh…! Along takut, Along tak boleh…!”, sambil menangis ketakutan.

(Apa yang Along takut… Apa yang Along tak boleh… Apa yang Along nampak sebenarnya… bila ditanya Along tak mampu nak ceritakan apa2 pun. Dan setiap kali Ummi tanya pada waktu siangnya, kamu seolah2 tidak ingat apa2 pun yang berlaku sepanjang malam, seolah2 kamu tak tahu pun yang kamu menangis ketakutan).

Abah, malam esok kita tido tempat lain boleh? Kita tumpanglah rumah sapa2 pun…”, pinta Ummi dalam kekeliruan. Ummi tak pasti apa yang kamu lalui, dan Ummi juga tak pasti adakah cadangan Ummi itu adalah yang terbaik yang boleh kita buat, Ummi seolah2 buntu…

Susah…nanti Along nangis kat rumah orang”, komen Abah kamu.

Ya lah, kita sebenarnya nak pastikan apa yang sebenarnya berlaku, kalau Along nangis maknanya “benda” tu ada pada diri Along, dan bukannya rumah kita ni yang “keras”, macam mana?”, cadang Ummi lagi, juga masih dalam kekeliruan (nak lari ke mana…? nak tumpang rumah sapa…? kita kat sini jauh dari keluarga…jauh dari saudara-mara…)

Abah tak beri respond pada kemusykilan Ummi ketika itu, mungkin Abah kamu juga sama dengan Ummi; tak pasti adakah itu keputusan yang terbaik yang boleh kita lakukan dalam keadaan macam tu. Abah terus ke toilet…amik wudhu’…laungkan azan & iqamah serta solat kat dalam bilik tido kita tu… berkali2…

Along, malam tu Ummi “kalah”, dalam hati Ummi menangis melihat kesusahan kamu…ketakutan kamu…kesedihan kamu…ketidak-tenangan hati kamu…sudah 6 malam berturut2 kamu melaluinya, dan Ummi juga Abah seolah2 tidak mampu berbuat apa2, hanya doa2 & ayat2 suci yang mengiringi kamu sepanjang malam2 sukar kamu itu.

Keesokan harinya, sambil menikmati breakfast, kami cuba mencari jalan penyelesaian untuk masalah kamu ini demi kasih sayang kami buat permata hati kami…namun segalanya tetap tidak berpenghujung…tetap buntu…

Bersambung…

No comments:

Post a Comment