Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Monday, March 26, 2012

Kembara Glasgow ~ Loch Lomond ~ Falkirk (part 3)

Keesokan harinya, pagi2 lagi kita check-out dari Travelodge Glasgow Paisley Road untuk ke Bonnypack (tempat yang kita nak tuju sebenarnya, & kamu jangan terkejut sebab Abah lebih teruja dari Ummi).

Selesai shopping sikit, lunch & solat tu, kita meneruskan kembara kita ke destinasi terakhir iaitu di Falkirk Wheel. Sampai sana dah pukul 4pm. Agak terkilan jugak sebab tak dapat naik bot, Along menangis kerana hajat tak kesampaian. Anak2 jangan sedih ya, ada rezeki nanti, InsyaALLAH kita datang lagi (cuma Ummi & Abah tak berani nak janji…).

Sekitar 5.15pm tu kita bertolak untuk pulang ke Durham, kita memang dah plan untuk balik awal sebab esoknya tu kamu school macam biasa.

Ni gambar2 semasa kita kat Travelodge, Bonnypack, Maxin Chicken & Pizza, & Falkirk Wheel.

No comments:

Post a Comment