Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, March 6, 2012

Ya ALLAH Ya RAHMAN, Lindungilah Kami (part 2)

…sambungan part 1…

Night 3 – Tuesday, 28 Feb 2012

Seperti biasa every Tuesday (lepas solat Isyak) Abah akan keluar pegi main badminton dengan kawan2 Abah sekitar Bowburn ni. Itu sahajalah exercise yang dilakukan oleh kaum bapa sepanjang kita kat sini. Kira ok lah jugak dari takde exercise langsung, at least dapat jugak Abah keluarkan peluh sekali seminggu tu.

Lepas Abah keluar tu, Ummi terus ke dapur untuk potong daging untuk masak keesokan harinya sebab Aunty Ros & Uncle Hilmi nak balik Malaysia. Kita jemput mereka sekeluarga breakfast kat rumah kita sebelum berangkat ke airport.

Sekitar jam 7.30 malam Along dah ajak naik atas, kamu kata nak tido, mungkin sebab penat sangat kerana dah dua malam sebelum tu kamu tak dapat tido dengan nyenyak. Ummi cepat2 siapkan potong daging tu, then terus naik atas siapkan tempat tido kamu.

Kemudiannya Ummi solat Isyak & bacakan Yaasin sambil duduk di hujung kepala tempat kamu berdua tido. Ummi nampak Along resah & tak tenang sahaja. Selesai je Ummi bacakan Yaasin Along nampak tenang, Along cakap “Ummi, thank you sebab Ummi bacakan Quran untuk Along, Along dah ok”. Alhamdulillah, lega Ummi mendengarnya.

Along mintak Ummi jangan tutup pintu bilik tido kamu, biarkan ia terbuka sebab nak bagi cahaya dari lampu tengah dekat tangga tu masuk. Sekitar 9 malam Ummi masuk bilik tido Ummi, sebelum tu Ummi tengok kamu berdua dah tido.

Tak sampai 5 minit lepas tu Along berlari2 datang ke bilik Ummi, terus lompat atas katil Ummi sambil menangis ketakutan & hug Ummi. “Along takut! Along takut!”. Along terus menghimpit badan Ummi rapat ke dinding, masa tu Ummi hug kamu & berusaha tenangkan kamu. Rambut & dua helai baju yang kamu pakai basah seperti baru lepas kehujanan. Ya ALLAH, kamu “diganggu” lagi agaknya…

Ummi hanya mampu hug kamu sambil bacakan Ayat Kursi & tiupkan pada ubun2 kamu sambil mengusap kepala kamu, sehinggalah kamu berhenti menangis dan tertido… Ummi sendiri tak dapat lelapkan mata, hanya berdoa agar Abah kamu cepat balik & tido Abang Ngah tidak terganggu.

Syukur Alhamdulillah, tak lama lepas tu (9.30 malam) Abah sampai rumah. Ummi bagitau Abah yang kamu takut & minta Abah temankan Abang Ngah tido kat bilik kamu sebab Along baru je tido dengan Ummi masa tu.

Sekitar 11.30 malam Along nangis ketakutan lagi, “Ummi, Along takut! Ummi tolong baca Quran untuk Along”. Ummi terus membaca Ayat Kursi & ayat2 lazim yang lain, agak lama juga kamu nangis…hingga kamu tertido kepenatan.

Jam 2.45 pagi kamu lagi sekali menangis ketakutan, peluh makin banyak membasahi seluruh badan kamu. Ummi bacakan Ayat Kursi, sampai bacaan kali yang ke-3 Ummi dengar bunyi suara keras macam suara lelaki menjerit kat telinga kiri Ummi, terlalu kuat pekikannya. Masa tu Along baring di sebelah kiri Ummi dengan mata yang berkelip2 namun kamu kelihatan tenang.

SubhanALLAH, jantung Ummi berdegup sangat kencang. Ummi terperanjat mendengar suara “makhluk itu”. Sangat keras suaranya & sangat kuat pekikannya, seolah2 mulut “makhluk itu” berada sangat dekat di permukaan lubang telinga Ummi.

Ummi bingkas bangun mencari2 dari manakah datangnya suara itu sambil menyelak langsir yang berada di hujung kepala Ummi. Ummi sekadar melihat kat luar rumah, kalau2 suara itu datangnya dari suara jiran2 kita yang kadangkalanya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk (sudah menjadi suatu kebiasaan jiran di sebelah kiri & jiran depan rumah kita), namun tiada seorang pun yang kelihatan di jalanan. Masa itu Ummi lihat kamu tenang sahaja & wajah kamu tidak menunjukkan yang kamu terkejut, Ummi rasa yang Ummi seorang sahaja yang mendengar pekikan “makhluk itu”.

Ummi teruskan membaca Ayat Kursi lagi dengan jantung yang berdegup semakin kencang. Selesai je Ummi membaca Ayat Kursi kali yang ke-7, Ummi dengar suara “makhluk itu” menjerit 2 kali berturut2, namun suaranya tidak sekuat yang pertama tadi, dan Ummi agak “makhluk itu” semakin menjauhi kamu kerana pekikannya semakin perlahan. Masa tu jam kat dinding bilik Ummi menunjukkan pukul 4.00 pagi. Ummi makin lega sebab kamu makin tenang & pekikan suara itu makin perlahan walaupun masih lagi keras. Ummi berusaha menenangkan kamu & berharap kamu cepat tido.

Tiba2 Ummi terdengar suara Abah kamu yang temankan Abang Ngah tido kat bilik sebelah “Uuuhhh…Aaahhh…Aaahhh”, seolah2 sedang berlawan ataupun ditindih oleh “sesuatu”. Ummi tak dapat bangun untuk kejutkan Abah kamu kerana badan kamu terlalu menghimpit Ummi rapat ke dinding. Masa tu Ummi fikir “Ya ALLAH, mungkin “makhluk itu” telah menjauhi kamu, tetapi singgah pula pada badan Abah kamu”. Ummi teruskan membaca Ayat Kursi & ayat2 lazim yang Ummi ingat. (Ya ALLAH, kenapalah aku tak pernah menghafal surah Yaasin, kalau tidak ianya boleh dimanfaatkan di saat2 genting sebegini…? Betapa daifnya diriku ini…)

Masa tu Ummi berharap sangat yang “makhluk itu” tidak terus mengganggu Abah kamu ataupun berpindah pada Abang Ngah pula.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment