Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, March 6, 2012

Ya ALLAH Ya RAHMAN, Lindungilah Kami (part 3)

…sambungan part 2…

Night 4 – Wednesday, 29 Feb 2012

Malam tu Abah cadangkan kita semua empat beranak tido sebilik. Abang Ngah & Ummi tido atas katil, manakala Along & Abah tido beralaskan duvet di atas lantai. Semasa nak tido tu tiba2 Along nangis sebab kamu tak nampak Abah. “Abah, Abah kat mana? Abah nampak Along ke?”. Abah hug kamu agar kamu tenang & moga ketakutan kamu segera berlalu sambil memanggil nama kamu berkali2. (pelik juga, kenapa kamu tak nampak Abah yang berada betul2 di sebelah kamu masa tu…).

Ummi tengok mata Along asyik pandang je atas kepala Ummi…(adakah makhluk itu berada di atas kepala Ummi…?)

Bacaan Ayat Kursi & surah Yaasin serta doa2 untuk mengelak gangguan syaitan (yang Ummi & Abah rujuk dari Google) mengiringi tido kamu sepanjang malam itu…


Night 5 – Thursday, 1 Mar 2012

Masa siang hari tu Ummi & Abah ada call Tok Ma & Tok Mek kamu kat kampung, minta mereka doakan keselamatan & ketenangan kita sekeluarga, juga minta petua & doa untuk kita mengelak semua “gangguan” ini.

Masa nak tido Abah dah bacakan Yaasin berkali2, juga bacakan doa yang Tok Mek kamu ajarkan untuk mengelak gangguan “makhluk itu”.

Malam tu kita tukar partner; Ummi tido dengan kamu atas katil, manakala Abah tido dengan Abang Ngah beralaskan duvet pulak.

Tiba2 Along seolah2 kebingungan, “Mana Adham…? Mana Adham…?”, kamu tanya sambil menangis ketakutan.

Abang Ngah ada tido kat bawah tu dengan Abah”, jawab Ummi kehairanan sambil hug Along serta menuding jari telunjuk menghala kepada Abang Ngah yang telah lena tido di sisi Abah. (adakah malam tu Along tak nampak Abang Ngah pulak…?). “Abah, angkat Abang Ngah ke atas katil ni, biar dia tido sama Along”, pinta Ummi lagi.

Abah terus meletakkan Abang Ngah di sebelah Ummi, namun mata Along masih lagi tertumpu pada tempat tido Abang Ngah kat duvet atas lantai tu. (mungkinkan “makhluk itu” ada ditempat Abang Ngah tido tadi, harap2 janganlah ketakutan Along berjangkit pada Abang Ngah pula)

Tiap kali Along menangis ketakutan, Ummi bacakan Ayat Kursi hembus pada ubun2 Along & Abah bacakan Yaasin hembus pada seluruh badan Along, sambil memanggil2 nama Along untuk melihat respond kamu.

Namun, entah kenapa malam itu Ummi rasakan yang seolah2 ada “benda” yang dihantar bila Ummi panggil nama Along berkali2 tapi Along tidak memberi sebarang reaksi seolah2 tidak dengar panggilan Ummi. (moga2 semua sangkaan Ummi tidak tepat, harap ianya hanyalah sekadar tekaan kosong sahaja).

Ya ALLAH, jika betullah sangkaan Ummi ini, siapa sebenarnya yang dengki pada kita…? Siapa sebenarnya yang lakukan semua ini…? Kenapa Along yang menjadi mangsa…? Kasihan anak Ummi, yang masih belum mengerti apa2 lagi…

Lastly, malam tu kita empat beranak tido sekatil; Along dihimpit oleh Ummi & Abah, & Abang Ngah tido dengan tenangnya (sebagai mana malam2 sebelumnya) disebelah kiri Ummi.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment