Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Thursday, March 29, 2012

Alhamdulillah, Pandai Sudah…

Alhamdulillah, Ummi & Abah panjatkan kesyukuran yang tak terhingga ini kepada ALLAH, hanya DIA sahaja yang berhak menerimanya di atas segala sesuatu itu.

Sekarang ini (sejak 7 Mac 2012) Along telah pandai membaca. Ummi & Abah gembira sangat2, itulah salah satu harapan Ummi & Abah sejak awal tahun ini. ALLAH makbulkan doa kami, syukur…syukur…syukur…Alhamdulillah.

Along, kiranya kebolehan kamu ni berada di tengah2 antara Ummi & Abah suatu ketika dulu. Sejak tadika lagi Ummi dah pandai membaca, & Abah pula mula tahu membaca ketika masuk sekolah rendah (Abah dulu tidak ke tadika kerana jarak sekolah tu agak jauh dari rumah Tok Mek kamu).

Tentunya Tok Ma sangat gembira bila Ummi mula pandai membaca ketika kanak2 dulu ya. Begitulah juga perasaan Ummi & Abah bila kamu mula pandai membaca. Cuma, mungkin bezanya Tok Ma kamu tak pernah ceritakan bagaimana perasaannya bila Ummi pandai membaca…

Sekarang ni hampir setiap malam kamu baca english books, Ummi harap kamu juga akan mahir baca Malay & Arabic books dalam waktu terdekat ini. Cuma mungkin lambat sikit sebab school kat sini kamu tak diajar Malay & Arabic; hanya belajar informal dengan Ummi & Abah kat rumah sahaja, yang pastinya kami tiada skill mengajar anak2 seusia kamu.

No comments:

Post a Comment