Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Saturday, April 7, 2012

Kembara Blackpool ~ Day 1

Sekarang ni school holiday (31 Mac – 16 Apr 2012), kamu berdua cuti sempena Easter 2012. Easter ni adalah Christian feast & holiday celebrating the rebirth of Jesus Christ. So, ni 1st time Ummi dengar wordEaster” ni, sebelum datang sini tak pernah amik tau pun.

So, sempena school holiday yang agak panjang kali ni, Ummi & Abah bawa kamu menikmati keindahan alam di Blackpool yang terletak di Lancashire, North West England.

Day 1 ~ Friday, 30 Mar 2012

Friday hari tu adalah last day kamu pegi school sebelum mula school holiday. Mulanya terdetik di hati Ummi untuk minta kebenaran dengan Head Teacher untuk benarkan kamu pulang awal sebab nak mulakan kembara kita pada hari tu. Tapi Abah agak keberatan untuk korbankan masa belajar kamu semata2 untuk pergi makan angin. So, Ummi batalkan niat tu.

Setelah kamu balik dari school, lunch & tukar pakaian, kita mulakan kembara kita ke sana sekitar pukul 4.15pm. Hari hampir senja ketika kita sampai di sana. So, 1st day tu memang kita tak sempat keluar kemana2. Kita tak prefer keluar malam sebab bimbang ada banyak dog & ramai orang mabuk. Holiday kali ni kita bermalam di caravan – Cala Gran Holiday Park.

No comments:

Post a Comment