Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Monday, March 5, 2012

Ya ALLAH Ya RAHMAN, Lindungilah Kami (part 1)

Sejak akhir2 ini Ummi & Abah benar2 buntu, keliru, runsing, penat, stress & bermacam2 lagi rasa yang berat & menyesak dada hadir di minda & hati Ummi & Abah. Kami tak pasti apa sebenarnya yang kita sekeluarga lalui sekarang ini. Doa kami moga ianya cepat berlalu pergi, & moga tiada apa2 yang perkara buruk yang berlaku.

Seolah2 ianya kemungkinan juga boleh dikaitkan dengan orang yang tidak percayakan Qada’ & Qadar ALLAH, ataupun mungkin juga boleh dikaitkan dengan orang yang tidak percaya bahawa akan tibanya Hari Pembalasan dimana hanya amalan yang mampu menyelamatkan kita, & kemungkinan juga ianya tidak boleh dikaitkan dengan sesiapapun makhluk ALLAH di atas muka bumi ini, ianya hanyalah ujian dari-NYA semata2 untuk menguji sejauh mana pergantungan Ummi & Abah kepada-NYA. Wallahu a’lam-bissawab.

Beberapa malam berturut2 kita “diganggu”…dan Along yang paling berat melaluinya. Benarlah sebagaimana yang kita ketahui bahawa anak2 terutamanya yang belum mumayyiz memiliki hati yang bersih dari dosa & tiada hijab. Oleh itu, kebiasaannya anak2 dapat melihat “makhluk” halus atau merasai tindakan “makhluk” tersebut.

Along Sayang, apa yang kamu “nampak” sebenarnya ya…?

Night 1 – Sunday, 26 Feb 2012

Hari tu sekitar jam 4 petang kita ke rumah Aunty Zarina & Uncle Nasa. Ada birthday party Abang Irfan. Balik rumah Aunty Zarina semuanya baik2 saja. Sebelum tido kamu berdua gosok gigi, tukar pakaian, baca doa sebelum tido & Istighfar (7X), sudah menjadi rutin sejak kamu berdua mula pandai bercakap lagi.

Setelah Ummi & Abah kiss & hug kamu berdua, Ummi terus padamkan lampu bilik kamu, hanya biarkan cahaya dari lampu tengah dekat tangga sahaja yang terpasang.

Tiba2 Along menangis ketakutan, masa tu sekitar pukul 9.30 malam, Ummi terus meluru ke bilik kamu & hug kamu. Sambil menangis kamu bagitau yang kamu nampak ayam Tok Mek sangat besar datang nak gigit (patuk) pipi kamu. Ummi agak kamu bermimpi, kemungkinan juga kamu teringatkan Tok Mek kamu kat kampung. Namun, berkali2 kamu bagitau Ummi yang kamu bukannya bermimpi sebab kamu belum tido lagi masa tu…

Ummi bacakan ayat2 Quran…setelah kamu lena barulah Ummi meninggalkan kamu & Abang Ngah tido kat bilik tu.


Night 2 - Monday, 27 Feb 2012

Hari tu kita juga ada jemputan makan malam kat rumah Aunty Lya & Uncle Yunus. Balik dari sana Ummi segera suruh kamu berdua tido sebab esoknya kamu perlu bangun awal untuk pegi school.

Kamu berdua tido dengan lenanya setelah selesai gosok gigi, tukar pakaian, baca doa & Istighfar. Tidak mengambil masa yang lama kamu berdua cepat lena, mungkin juga kamu penat sebab hari tu school day.

Sekitar jam 11 malam, Along sekali lagi menangis ketakutan sebagaimana malam sebelum tu. Ummi terus meluru ke bilik kamu untuk tenangkan kamu.

Ummi: Along Istighfar, jangan nangis, jangan takut Abang Ngah ada. Kamu tido hug Abang Ngah ya. (pujuk Ummi sambil hug kamu, usap kepala kamu).

Along: Tapi kenapa muka Adham bertukar jadi besar, jadi kecik, jadi besar, jadi kecik…? Along takut…

Ummi: Jangan takut Ummi ada

Dalam hati Ummi beristighfar panjang…SubhanALLAH…malam sebelum tu “kau” datang sebagai ayam Tok Mek, malam tu pulak “kau” singgah kat Abang Ngah…

Masa tu Ummi terfikir yang ada kemungkinan juga ada “sesuatu” yang ikut kita balik rumah masa kita keluar ke rumah Aunty Lya & juga ke rumah Aunty Zarina malam sebelum tu.

Tapi seingat Ummi kita tak pernah lupa untuk baca Ayat Kursi, Al-Fatihah, baca Bismillah…& masuk dengan langkah kanan serta bagi salam setiap kali masuk rumah. Kamu berdua pun tak pernah lupa apa yang Ummi ajarkan ni. Lagipun malam tu & malam sebelum tu kita pulang sekitar 9 malam (bukan waktu senja & juga bukan waktu lewat malam, fikir Ummi), namun apa2 pun boleh terjadi, hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui…

Sabda Rasullullah SAW dalam Shahih Muslim, “Apabila seseorang itu memasuki rumahnya & mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya & ketika ingin makan, maka syaitan akan berkata kepada golongannya: “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam & tidak juga makanan malam. Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah & tidak mengingati Allah ketika memasukinya, syaitan berkata kepada golongannya: “Kalian telah mendapat tempat bermalam.”

Bersambung…

No comments:

Post a Comment