Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, February 28, 2012

Semua Dapat Present, Abah Macam Mana…?

Semua orang dah dapat present, kesian pulak kat Abah kamu ya. Kita nak belikan apa ya untuk Abah kamu…?

Seingat Ummi, sejak kami kahwin, Ummi sentiasa berusaha untuk lakukan yang terbaik buat Abah kamu, sekadar yang Ummi mampu. (Syukur Alhamdulillah, Abah kamu faham yang tugas Ummi sebagai lecturer/student & family manager; urus makan-minum, urus makan-pakai, jadi teacher & guru Quran kamu, agak berat juga bagi Ummi. Dan adakalanya juga Ummi sampai demam/sakit belakang dan tido mati kalau terlalu penat…).

Sejak kita datang sini, Ummi berusaha menambah beberapa lagi masakan yang Abah kamu suka.

So, kiranya masakan Ummi & kesungguhan kamu berdua study & baca Quran tu kita anggap sebagai present buat Abah kamu ya. Ni antara masakan Ummi yang buat pertama kalinya Ummi masak sejak kita datang sini (sebelum ni kita beli je, laaagi jimat masa & tenaga, kan!?);

nasi tomato
paprik ayam/daging

telur bungkus
akok







bingka
chocolate cake
cheese cake






biskut semperit
biskut cornflakes

dan mee kari









Dan InsyaALLAH, coming soon, Ummi nak buat nasi minyak hujan panas, cookies, donut & pizza pulak ya. Dan Abah ada request kari kepala ikan, "mampu" kah Ummi nak sediakan masakan yang Ummi tak makan ni...?

Anak2 Ummi, suatu masa nanti kamu berdua akan berumahtangga juga. Dan ketahuilah, antara pengikat kasih sayang dalam hubungan suami isteri ialah dengan menyediakan masakan yang dilakukan oleh tangan isteri sendiri. Sebagai contohnya isteri dan anak perempuan Baginda Rasulullah SAW menyediakan masakan dan makanan dengan tangan mereka sendiri.

Ummi akhiri catatan kembara kita pada kali ini dengan sabda Rasullullah SAW dalam hadis baginda yang bermaksud,

Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas dia bertakwa kepada ALLAH, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika dia tiada bersama dia akan memelihara nama baiknya sama ada pada diri atau harta suaminya.” – Riwayat An-Nasaa’i, Ahmad & Abu Daud.

No comments:

Post a Comment