Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, February 21, 2012

Along Dapat Present

Syukur Alhamdulillah, last month Along dapat present sebab; excellent in Mathematics dan juga great handwriting. Like mother like son lah kan?! (Anak sapo nih…?)

Kamu mengingatkan Ummi masa zaman Ummi sekolah dulu; dari sekolah rendah hinggalah habis universiti Ummi sentiasa dapat A+ untuk Mathematics, sebab tu lah sekarang ni Ummi suka sangat sebab dapat mengajar Mathematics kat students Ummi.

Dan lagi satu, Ummi dari sekolah tadika lagi selalu je cikgu puji sebab tulisan Ummi cantik & kemas, masa tu Ummi guna buku garis tiga lagi lah senang nak tulis dengan kemas (cuma bezanya Ummi tak pernah dapat sijil penghargaan sebab tulisan kemas ni). Terima kasih kepada cikgu2 Ummi yang mengajar Ummi selama ini, Jasa Cikgu di Kenang, Usaha Cikgu di Hargai, Jutaan Terima Kasih Teristimewa Buat Cikgu2, hanya ALLAH jua yang mampu membalasnya.

Sebenarnya Ummi hampir terlupa nak buat entry pasal ni sebab; kebetulan kamu cuti sekolah (Spring Half-Term 2012) seminggu dan sebelum tu Ummi tak sihat (sakit kepala, sakit tekak, selesema, batuk, & demam serentak) berlarutan selama 10 hari. So, lambat pun takpe lah ya Sayang, asalkan ada sesuatu kenangan buat kamu bila kamu dah besar nanti.

No comments:

Post a Comment