Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Friday, February 3, 2012

Appointment Ummi - Buat Blood Test Lagi

Ummi baru balik dari jumpa Dr Pollard kat Bowburn Medical Centre, Abah yang temankan Ummi selepas hantar kamu berdua pegi school pagi tadi. Kat sana tadi Ummi kena buat blood test lagi. Darah Ummi diambil 3 tubes, sampaikan Abah kata “duk kat UK ni kena ada banyak darah…”. Mungkin juga ada betulnya, Ummi sekadar mengiakan dalam hati je sebab seingat Ummi setiap kali jumpa Doctor mesti kena buat blood test, & biasanya 3 @pun 4 tubes darah yang akan diambil (seingat Ummi tak pernah pulak hanya diambil 1 tube sahaja).

Sambil midwife (orang kampung Ummi panggil misi) tu buat blood tests Ummi sempat jeling catatan yang dia tulis atas mejanya, darah tu diperlukan untuk buat 8 analisis (cuma Ummi tak faham medical term tu, Ummi hanya sekadar tengok numbering untuk test tu ada sampai no.8, mungkin perlu buat analisis yang detail sebab tu darah perlu diambil lebih dari 1 tube - ni ayat sekadar nak sedapkan hati Ummi sahaja).

Sebenarnya ada 2 berita yang Ummi nak share hari ni; berita baik & berita kurang baik.

Berita baiknya, masa jumpa Dr Pollard tadi dia bagitau based on chest X-ray Ummi hari tu yang pneumonia Ummi dah pulih, paru2 Ummi kembali normal; dah takde jangkitan kuman sebagai mana Ummi kena beberapa bulan sebelum ni. Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada keluarga & sahabat kami yang terus mendoakan kesihatan Ummi dan bersama2 Ummi sepanjang Ummi melalui saat2 ketidak-selesaan itu suatu ketika dulu.

Dan berita yang kurang baiknya, masuk hari ni dah 5 hari Ummi tak sihat; sakit kepala, sakit tekak, selesema, batuk, & demam serentak…

1st day; Isnin (30 Jan 2012) – balik dari amik kamu kat school petang tu, tiba2 Ummi rasa sakit tekak sangat

2nd day; Selasa (31 Jan 2012) – sakit tekak Ummi makin teruk, ditambah pulak dengan selesema & pening kepala

3rd day; Rabu (1 Feb 2012) – Ummi tetap tak sihat macam semalam jugak. Sepanjang malam Ummi tak dapat tido nyenyak sebab sakit kepala, berdenyut2

4th day; Khamis (2 Feb 2012) – sebelum tido Ummi dah makan ubat, harap sangat malam tu boleh tido. Tapi 4.10 pagi tu Ummi terpaksa kejutkan Abah sebab sakit kepala, minta tolong Abah picitkan kepala. Sakit kepala yang amat sangat Ummi rasakan, hinggakan kesemua gigi, gusi serta lelangit Ummi juga turut sakit bersamanya. Dan Ummi lagi sekali minum panadol soluble sebab selesema makin teruk hinggakan susah nak nafas

5th day; Jumaat (3 Feb 2012) – Abah bawa Ummi jumpa GP

Ummi harap penyakit 5 serangkai Ummi ni hanyalah sakit biasa sebab memang sekarang ni winter, pagi2 time kamu nak pegi school tu memang meredah snow, moga si 5 serangkai ni cepat la ianya berlalu dari dalam tubuh Ummi. Apapun Ummi tetap panjatkan kesyukuran pada-NYA sebab kamu dan Abah sihat walafiat, Alhamdulillah.

Buat masa ni Ummi kena tunggu hospital call untuk maklumkan pasal result blood test tadi, moga2 semuanya normal…

Petang ni warga Durham My ada program sambutan Maulidur Rasul. Harap sangat kesihatan Ummi mengizinkan untuk kita sekeluarga join sama, sebab Ummi tahu kamu akan excited sangat kalau dapat jumpa kawan2 (ye lah, mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, ye…?)

Ummi akhiri coretan kali ini dengan Sabda Rasullullah s.a.w, buat renungan kita bersama,
Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” ~al-Hakim~

No comments:

Post a Comment