Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Thursday, July 26, 2012

Segalanya Tanpa Paksaan

Salam Ramadhan 1433H, hari ni dah masuk hari ke-6 kita menjalani ibadah puasa. Syukur kerana kita masih lagi di panjangkan usia untuk bersama-sama meraikan keindahan Ramadhan pada tahun ini.


Alhamdulillah, Ummi dan Abah benar-benar bersyukur kerana dikurniakan permata hati yang hebat seperti kamu berdua; hebat mental, hebat fizikal.

Along dan Abang Ngah,
di dalam kepenatan sekolah pagi dan petang,
di bawah terik mentari yang membahang,
di tambah dengan mengantuk ketika bersahur,
juga homework dan mengaji Quran yang perlu disempurnakan saban malam,
tanpa dipaksa, juga didenda,
segalanya dengan kerelaan hati,
kamu berdua pilih untuk berpuasa…..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Syukur pada-MU Ya Rahman, seawal usia 7 dan 6 tahun ini kamu berdua telah faham tentang Rukun Islam yang ke-3 itu.

Melihatkan fizikal kamu berdua yang agak sweet & small (Ummi selalu main piano pada tulang rusuk kamu yang jelas kelihatan itu), sedikit sebanyak menyentuh hati kecil Ummi & Abah, apapun kami yakin yang budak kecik ALLAH jaga, budak kecik ALLAH sayang…..

Ummi dan Abah sayang kamu berdua, sangat-sangat…!!

No comments:

Post a Comment