Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, December 27, 2011

Parent Workshop

Last month (24 November 2011), Ummi ke school Along sebab ada Parent Workshop. Ni sebahagian websites yg Mr Soppitt share dgn parents utk bantu anak2 Year Two (6 years) study kat rumah. Nanti Along kena study semua parts ya, jangan suka buat Maths aje. Sambil2 study tu bolehlah Along ajarkan Abang Ngah sama ya. Ummi & Abah doakan kamu cemerlang dalam semua subjects.

Useful websites with games children can play at home

A. General
i. http://www.schooljotter.com/showpage.php?id=35494
ii. http://demo.iboard.co.uk/curriculum.htm#newliteracy-topic1

B.Literacy
1. Phonic Interactive Games

i. http://www.ictgames.com/hybrid.html
ii. http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/16022007/wordmaker vowels2/lesson.html
iii. http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/16022007/wordmaker vowels3/lesson.html
iv. http://www.bbc.co.uk/schools/ks1bitesize/literacy/phonics/index.shtml

2. Sentence Games
i. http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/cap letters stops/eng/Introduction/default.htm
ii. http://www.lancsngfl.ac.uk/curriculum/literacy/lit site/html/writing/earlywrite/dewindex.htm
iii. http://www.bbc.co.uk/schools/starship/english/games/penguins on ice/big no sound/full2.shtml

C. Numeracy
1. Number

i. http://www.ictgames.com/dinoplacevalue.html
ii. http://www.primarygames.co.uk/pg2/splat/splatsq100.html
iii. http://www.crickweb.co.uk/ks2numeracy-properties-and-ordering.html#ntrack
iv. http://www.ictgames.com/100huntadd9.html

2. Shape, Space and Measure
i. http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/ngfl/maths/maerdy 2d/frames.asp
ii. http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/castle shapes/eng/Introduction/StarterActivityPart2.htm
iii. http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources ftp/client ftp/ks2/maths/measures/index.htm

3. Data Handling
i. http://www.bbc.co.uk/schools/ks1bitesize/numeracy/data/index.shtml
ii. http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/ngfl/maths/dinas powys sian mansfield/venn 1.htm

Monday, December 12, 2011

Happy Birthday Abang Ngah Sayang

Happy 5th birthday special buat Abang Ngah.

Ummi, Abah & Along sayang Abang Ngah sangat2. Kami doakan Abang Ngah sentiasa sihat, ceria & bahagia, serta dalam lindungan ALLAH SWT sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, syukur kpd ALLAH SWT kerana dalam usia seawal ini kamu telah pandai Azan & Iqomah, solat serta membaca Al-Quran. Usaha Ummi & Abah serta Teachers kamu kat Excel Edukid Centre & Cikgu2 kamu kat Taski ABIM selama ini sangat bernilai bagi mengiringi perjalanan hidup kamu menjadi insan yang soleh. Semoga kamu selamat di dunia & akhirat.

Friday, December 2, 2011

Happy Anniversary

Happy 7th Anniversary buat Ummi & Abah.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan keizinan & limpahan kasih sayang-NYA rumah tangga Ummi & Abah yang kami bina pada 26 November 2004 kekal serta bahagia hingga ke saat ini. Ditambah pula dengan kehadiran Along pada 2005 & Abang Ngah pada 2006 sebagai penyeri hidup Ummi & Abah.

Cinta lepas kahwin

Along & Abang Ngah, sempena anniversary ni, Ummi nak ceritakan kisah perkenalan Ummi & Abah buat tatapan kamu berdua. Suatu masa bila kamu dewasa nanti kamu berdua juga akan melalui dunia perkahwinan sebagaimana Ummi & Abah. Along selalu cakap “Abah dah kawin dengan Ummi, nanti Along nak kawin dengan sape…?

Ummi kenal Abah ketika sama2 study master kat UKM, tak banyak yang Ummi tahu pasal Abah; Abah orang Kelantan, best student masa buat degree kat UM, tu je info yang Ummi tahu dari housemate Ummi (Kak Mahani, ex-student UM jugak). Ummi & Abah dulu satu kelas Microeconomics, agak susah jugak paper yang diajar oleh Prof. Dr. Nor Ghani ni, itulah sebabnya kerap juga kami buat study groups (7 orang) bersama-sama Nasir, Mek Yah, Saba, Kak Nurul dan Pak Nasa (moga hidup mereka bahagia dan diberkati ALLAH sentiasa). Adakalanya kami tak sependapat; Abah agak detail, nak derive semua equation satu-persatu, nak proof semua sampai dapat. Berbeza dengan Ummi; hidup agak simple, semua benda nak short-cut, cuma yang pentingnya mesti siap.

Ummi & Abah tak pernah kenal rapat; sekadar kawan biasa, kawan sekelas, dan kawan satu group masa study je. Ummi segan jugak nak rapat dengan Abah kerana Abah jauh lebih pandai dari Ummi. Kadangkala tu terfikir jugak “kalau aku berkawan rapat dengannya tentu aku boleh dapat result yang lebih baik, tapi takkanlah dia nak berkawan rapat dengan aku sedangkan aku ni takdelah pandai manapun…”.

Tiada sebarang perasaan istimewa yang wujud antara Ummi & Abah sepanjang bergelar student. Ummi & Abah tak pernah berhubung setelah habis belajar. Masa terus berlalu…jeng, jeng, jeng

Teringat Ummi senikata lagu Ziana Zain, “…kita tak menduga, dari kenalan lahir sayang…”. Ziana Zain ni favorite singer Ummi, tapi tak tau lah bila kamu dah besar nanti kamu kenal tak dengan singer ni.

Selang beberapa bulan kemudian Ummi menerima SMS dari Abah. Terkejut jugak pada mulanya. Abah membahasakan diri Ummi “saudari”. Hampir 2 bulan jugak saling berbalas SMS. Masa itu Ummi bekerja di Kolej UNITI, Port Dickson sebagai lecturer, dan Abah di UKM sebagai tutor.

6 Jun 2004 1st time Ummi & Abah keluar makan di KFC Kota Bharu, perbualan biasa je hanya menyentuh isu2 semasa di UKM dan UNITI. Setelah petang Abah menemani Ummi berjalan kaki hingga ke stesen bas Kota Bharu dan Abah pulang dengan menaiki motosikalnya. Malam tu Abah ada call Ummi dan beritahu bahawa Abah mengharapkan hubungan yang lebih serius dengan Ummi, dan bukannya sekadar kawan biasa seperti sebelum itu.

18 Jul 2004 – Abah dan familynya (Tok Mek, Tok Ayah dan Tok Ngoh) datang ke rumah Tok Ma dan Tok Ayah untuk merisik, tup-tup terus bertunang kerana keluarga kedua2 belah pihak tahu yang Ummi & Abah telah agak lama kenal.

26 Nov 2004 – Majlis akad nikah kami, selepas solat Isyak.

27 Nov 2004 – Majlis kahwin Ummi & Abah diadakan dengan serba sederhana (tapi meriah – macam majlis Dato’ Siti Nurhaliza & Dato’ K la pulak!!). Hanya dihadiri oleh keluarga kedua2 belah pihak je. Kawan2 tak ramai yang datang kerana susah dapat cuti (cuti dah ambil untuk raya – majlis Ummi & Abah adalah 2 minggu selepas Raya Aidilfitri).

Masa kahwin dulu umur Ummi & Abah 25 tahun. Masa yang sesuai untuk pikul tanggungjawab (ye ke ni...?). Ummi & Abah pun macam orang dulu2 jugak; bercinta selepas kahwin. Alhamdulillah, kita bahagia hingga ke saat ni, ditambah lagi dengan kehadiran kamu berdua sebagai penyejuk mata dan pengikat cinta dan kasih sayang kami. Sekarang ni jika ada kelapangan, Ummi & Abah akan keluar dating berdua (masa kamu pegi school), melalui detik2 manis macam pasangan bercinta; samada tengok movie, keluar makan, pergi kedai buku, ataupun keluar jalan2.

Masa zaman anak dara dulu2 Ummi ada jugak terfikir tentang ciri2 bakal suami Ummi suatu hari nanti, kalau boleh Ummi TAK NAK lelaki tu;
i) orang Kelantan (lelaki Kelantan kata orang tak romantik),
ii) sama umur dengan Ummi (lelaki tu biarlah lebih tua 2 atau 3 tahun),
iii) bercermin mata (sebab Ummi pun pakai cermin mata),
iv) bidang yang sama (nanti boring jugak kalau asyik bercakap pasal benda yang lebih kurang sama iaitu Economics), dan
v) kerja sebagai lecturer (sebab Ummi pun lecturer).
Tup-tup semua ciri2 yang Ummi TAK NAK tu semuanya dapat, kelakar la pulak, kahkahkah padan muka Ummi…takpe lah ALLAH SWT Knows Best

Along & Abang Ngah, bila kamu dewasa nanti kamu fikir & teliti apa yang Ummi sampaikan ni ya. Hubungan cinta suami isteri merangkumi 3 elemen utama secara realiti iaitu rasa intim, nafsu dan komitmen. Pasangan yang bahagia akan fokus kepada ketiga2 elemen iaitu rasa intim kerana suami isteri seperti sahabat baik dan boleh berkongsi pendapat. Sentiasa bernafsu apabila bersama pasangan dan pasangan dianggap hebat apabila di ranjang iaitu kedua2nya mempunyai tarikan seksual yang dibajai dengan kasih sayang yang sebenarnya. Komitmen atau tanggungjawab sebagai suami isteri yang dipegang dan dipupuk agar sentiasa berada dalam keharmonian.

Perkahwinan merupakan anugerah ALLAH SWT kepada insan yang terpilih. Pasangan pula merupakan amanah ALLAH SWT. Dalam Surah ar-Rum, ayat 21, ALLAH berfirman: “Di antara kebesaran-NYA, diciptakan-NYA bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa tenteram antara satu sama lain, dan dijadikan-NYA kasih sayang dan belas kasihan antara kamu, sesungguhnya hal itu menjadi ketenangan bagi orang yang berfikir”.

Kalaulah Ummi tahu yang Abah akan jadi suami Ummi masa study dulu, dah tentu Ummi control sikit, takde la bercakap macam guna mikrofon masa dalam class dulu, tapi tak elok jugak orang yang hipokrit ni, lambat-laun Abah akan tau jugak, kan!? Apapun yang Ummi tahu kami ni saling melengkapi; Alhamdulillah Ummi boleh terima setiap kelebihan dan kekurangan Abah, dan begitu juga sebaliknya.

Ummi akhiri kisah perkenalan Ummi & Abah ini dengan sabda Rasullullah s.a.w buat renungan kamu berdua,
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
– Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaa’i, dan Ibnu Majah