Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Saturday, August 13, 2011

Ni Rumah Kita

Sayang, hari ni Saturday, tapi Ummi & Abah tak dpt bawa kamu ke mana2 sbb lepas Zohor ada Uncle kawan2 Abah nak dtg sini tadarrus Al-Quran kat rumah kita. Dan lepas Asar nanti ada Aunty kawan2 Ummi pulak yg tadarrus kat rumah ni.

InsyaALLAH esok kita pegi jalan2 ya. Ummi & Abah kesian jugak kat kamu kalau kat rumah je sepanjang hari lebih2 lg kalau weekend.

Ni rumah kita kat Bowburn ni, anyway bg Ummi rumah kita di Pajam tetap di hati, lambatnya nak balik sana…..

Rumah ni ada 3 bilik; 2 bedrooms & 1 study room & 1 bilik mandi je (sapa2 yg nk masuk toilet kena amik nombor la, esp waktu pg. Ummi rasa bila lps raya ni nanti pagi2 mesti berebut bilik mandi sbb time tu kamu dh start sekolah.

Rumah ni fully furnished, semua ada except iron & TV. Iron Abah dh beli kat Tesco hari tu & TV kita Uncle Fadli & Aunty Nira yg bg, tqvm ya Uncle & Aunty, kalau tak tentu anak2 Ummi ni tambah2 boring lg.

Ni depan rumah kita…

Ni view dr depan rumah kita, sini takde tempat parking, semua org boleh parking sepanjang jalan depan rumah je…










Ni view dr belakang rumah kita, biasa je, gate rumah ni pun kayu je. Grey dustbin tu utk buang disposable rubbish & yang green colour tu utk buang brg2 recycle. Lori angkut sampah dtg sini 1 mggu sekali je; every Thursday. Kalau sampah banyak pun terpaksa tunggu Thursday baru ada org dtg angkut…










Ni dapur kita, agak sempit jgk. Kalau Ummi duk cooking, Abah tak boleh nak tolong cuci pinggan sebab memang tak muat mesti tersepit Ummi kat celah dapur tu…










Ni dapur kita, tungku dapur tu berbeza dgn di Malaysia. Ia besi sepenuhnya & tak keluarkan api. Bila kita on dapur utk cooking, besi ni akan panas. Yg tak best tu besi tu amik masa yg agak lama utk panas & food memang lambat masak compared dgn yg keluar api tu. Semua periuk belanga & pinggan mangkuk kita adalah ehsan dr sahabat2 kita yg tinggal kat sini sebelum ni…










Ni ruang makan kita, ada 4 kerusi je cukup2 utk kita 4 beranak. Sapa2 saudara-mara & sahabat2 kita yg nak datang sini nanti bawa kerusi sendiri ya…


Ni ruang tamu kita. Aktiviti wajib anak2 Ummi tiap2 hari adalah tengok cerita kartun kat TV & laptop. Yang sebelah Along tu heater, kat sini memang sejuk sepanjang masa walaupun musim panas (skrg ni summer)…










Ni bedroom Ummi & Abah, jg merangkap bilik jemur pakaian yg baru siap basuh…


Ni bedroom Along & Abg Ngah, jg merangkap bilik jemur pakaian yg baru siap basuh. Kamu berdua tido kat bawah, beralas duvet kat ruang sebelah katil tu. Katil tu takde sapa2 guna sebab kamu takut jatuh sebenarnya…










Ni study room Ummi & Abah, jg merangkap bilik jemur pakaian yg baru siap basuh. Bilik ni siap dgn 2 meja & 2 rak buku, ok la tak perlu berebut…


Ni bilik mandi kita, kamu suka sgt sbb ada bath tub










Rumah ni 2 tingkat, semua bilik & toilet kat atas. Ni tangga utk naik ke tingkat atas…





No comments:

Post a Comment