Kerna Kasih Kita...

Kerna Kasih Kita...

Tuesday, October 11, 2011

Dedikasi Buat Along & Abang Ngah

Renungan ini Ummi dedikasi special buat Along & Abang Ngah serta sesiapa sahaja yg bergelar “anak” kepada seorang “ibu”, tidak terkecuali Ummi & Abah.
Jika Ummi membelai rambut kamu,
Jika Ummi mengusap kening kamu,
Jika Ummi memicit kaki kamu,
Nikmatilah dengan syukur dan batin yang bersujud,
Kerana sesungguhnya ALLAH sendiri yang hadir dan maujud.












Jika dari tempat yang jauh kamu merindui Ummi,
Jika dari tempat yang jauh Ummi merindui kamu,
Dendangkanlah zikir puji-pujian buat ALLAH,
Kerana setiap bunyi kerinduan hati kita adalah,
Sebaris lagu cinta ALLAH kepada segala ciptaanNYA.












Jika kamu menangis, Ummi yang menitiskan airmata,
Dan ALLAH yang akan mengusapnya.
Jika kamu bersedih, Ummi yang kesakitan ,
Dan ALLAH yang menyiapkan hiburan2.












Menangislah banyak2 untuk Ummi,
Dan jangan membuatkan sekalipun Ummi menangis kerana kamu,
Kecuali jika kamu punya keberanian untuk membuat ALLAH murka kepada hidup kamu.












Jika Ummi menangis,
Para malaikat menjelma menjadi butiran2 air mata Ummi,
Dan cahaya yang memancar dari airmata Ummi,
Membuat para malaikat itu silau dan marah kepada kamu,
Dan kemarahan para malaikat adalah kemarahan suci,
Sehingga ALLAH tidak melarang mereka tatkala menutup pintu syurga bagi kamu.












Ummi adalah ibunda kehidupan kamu,
Jangan sesekali sakiti hati Ummi,
Kerana Ummi akan sentiasa memaafkan kamu,
Tetapi setiap pemaafan Ummi atas setiap kesalahan kamu,
Akan digenggam erat oleh para malaikat,
Untuk mereka usulkan kepada ALLAH & dihitung pada hari pembalasan nanti.












Ummi sayang kamu berdua, moga kamu menjadi anak2 yg soleh penyejuk hati kami.

No comments:

Post a Comment